Boris Johnson tarik diri daripada saingan Perdana Menteri Britain

Boris Johnson tarik diri daripada saingan Perdana Menteri Britain

LONDON: Bekas Perdana Menteri, Boris Johnson menarik diri daripada pertandingan untuk kembali menjadi Perdana Menteri Britain, walaupun mendapat sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk mara ke peringkat seterusnya tetapi lebih rendah daripada jumlah diperoleh bekas Menteri Kewangan dan calon kegemaran ramai, Rishi Sunak,

“Terdapat peluang yang sangat baik bahawa saya akan berjaya dalam pemilihan dengan ahli Parti Konservatif – dan saya sememangnya boleh kembali semula ke Downing Street.

“Namun, akhirnya saya terpaksa buat keputusan bahawa ini bukanlah perkara yang betul untuk dilakukan. Anda tidak boleh mentadbir dengan berkesan melainkan anda mempunyai parti yang bersatu padu di Parlimen.” ,” kata Johnson dalam satu kenyataan.

Johnson, yang tidak pernah secara rasmi mengumumkan tawarannya untuk kembali ke Downing Street, menghabiskan hujung minggu cuba memujuk Ahli Parlimen Konservatif untuk menyokongnya dan mendakwa sudah mendapat sokongan 102 daripada mereka.

Dia memerlukan sokongan 100 Ahli Parlimen untuk meneruskan ke peringkat seterusnya, yang akan menyaksikan dia berdepan menentang Sunak dalam undian oleh 170,000 ahli Parti Konservatif.

Sunak, yang peletakan jawatannya sebagai Menteri Kewangan pada Julai lalu, membantu mempercepatkan kejatuhan Johnson, sudah melepasi ambang 100 penggubal undang-undang yang diperlukan untuk maju ke peringkat seterusnya, apabila mendapatkan 142 sokongan, menurut Sky News.

Dia akan dinamakan ketua Parti Konservatif sekali gus menjadi Perdana Menteri melainkan calon Penny Mordaunt mencapai sokongan melebih 100 Ahli Parlimen.

Buat masa ini, Mordaunt mempunyai 24 sokongan. BH

Boris Johnson tarik diri daripada saingan Perdana Menteri Britain


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker