Siasatan Pasukan Petugas Khas bukti Tommy, Mahathir dan PH perosak sistem kehakiman

PETALING JAYA: Pendedahan Pasukan Khas Siasatan Tan Sri Tommy Thomas sangat mengejutkan kerana Peguam Negara lantikan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) itu didakwa mengatur pelantikan hakim-hakim utama negara termasuk Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak pada 2018 dan 2019.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, campur tangan keterlaluan Tommy seperti dapatan itu boleh memberi imej buruk dan mengurangkan kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman.

“Pelantikan hakim-hakim ini bercanggah dengan cadangan daripada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC). Sedangkan sebarang pelantikan hakim hendaklah berdasarkan nasihat JAC sepertimana Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

“Akta ini dibuat pada zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) bagi memastikan Perdana Menteri tidak lagi mempunyai kuasa penuh dalam pelantikan hakim. Sekali gus menaikkan imej kebebasan mahkamah,” katanya dalam Facebook beliau.

Terdahulu pasukan petugas khas yang menyiasat memoir Tommy merumuskan bekas Peguam Negara itu mahu Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mahathir menurut arahannya dengan cara bertentangan undang-undang di dalam soal pelantikan hakim utama negara.

Menurut Asyraf Wajdi, campur tangan keterlaluan Tommy seperti dapatan itu boleh memberi imej buruk dan mengurangkan kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman, apatah lagi terlalu banyak kes pendakwaan politik pada zaman beliau menjadi Peguam Negara.

“Inilah beza besar antara pentadbiran Barisan Nasional pasca Perdana Menteri keempat (Dr. Mahathir) dan pentadbiran zaman PH. Usaha-usaha mentransformasi dan membersihkan imej kebebasan sistem keadilan telah berjaya dilaksana pada zaman kita.

“Tetapi PH laksana diktator melanggar undang-undang sedia ada demi menguasai setiap cabang pemerintahan termasuk sistem kehakiman kita. Inilah sebab besar untuk rakyat terus menolak PH dan bekas-bekas sekutu mereka. Tolak mereka demi negara,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker