Malaysia tidak perlu 3 PM, 3 MB satu penggal

#PRU15

Malaysia tidak perlu 3 PM, 3 MB satu penggal

Malaysia tidak perlu ada tiga Perdana Menteri dalam satu penggal atau tiga Menteri Besar dalam tempoh sama.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keadaan itu menyukarkan negara dan negeri.

Menurutnya, ketidakstabilan politik ini menyukarkan kemasukan pelaburan, sekali gus menjejaskan peluang pekerjaan.

Oleh itu, katanya, Barisan Nasional (BN) mahukan kestabilan politik yang boleh membawa negara ini terus makmur.

“Tema kestabilan dan kemakmuran sesuai pada PRU15 ini.

“BN ingi memperbaiki negara ini dari sudut ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan kena pulihkan paling penting kestabilan politik.

“Kita tidak mahu dalam satu penggal ada tiga orang Perdana Menteri dan tiga orang Menteri Besar…macam mana nak buat kerja,” katanya menerusi Twitter.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, pentadbiran Kerajaan Persekutuan menyaksikan pertukaran tiga Perdana Menteri – Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan terakhir Datuk Seri Ismail Sabri.

Manakala perubahan pimpinan Menteri Besar turut berlaku di Johor, Perak, Kedah dan Melaka. MG

Malaysia tidak perlu 3 PM, 3 MB satu penggal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker