Mahathir cuba gunakan Anwar untuk mengemis undi bukan Melayu

Tindakan Mahathir menghulurkan tangan kepada bekas anak didiknya Anwar adalah sebagai langkah terakhir bekas PM dua kali untuk mendapatkan undi bukan Melayu dalam PRU-15.

Bagaimanapun, seorang lagi pemerhati politik berpendapat bahawa Mahathir yang kini berusia 97 tahun itu hanya akan menjadi liabiliti kepada Pakatan Harapan (PH) kerana pengaruhnya yang semakin pudar.

Menurut laporan MK, pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata adalah bagus bagi pihak yang saling bermusuhan untuk melupakan persengketaan dan bersatu semula untuk menjatuhkan BN serta Perikatan Nasional (PN).

Mengambil maklum bahawa PH masih mampu meraih undi Melayu di kerusi bandar tetapi tidak begitu banyak berbanding di kawasan luar bandar, Azizuddin berkata Mahathir boleh menghulurkan bantuan.

“Mahathir masih ada pengaruh di kawasan pedalaman Melayu dan golongan tua masih mahukan dia, dia boleh dapat undi daripada golongan ini.

“Satu-satunya perkara yang perlu dilakukan sekarang ialah mereka (Anwar dan Mahathir) antara lainnya bersama-sama untuk berkompromi mengenai strategi,”

Penganalisis politik itu berkata dia tidak jelas dengan pandangan pihak yang enggan kerjasama antara kedua-dia tokoh itu, kerana menurutnya, Anwar dan Mahathir tidak semestinya menyertai pilihan raya sebagai gabungan tetapi masih boleh membentuk kerjasama atau perjanjian.

“Mereka masih mempunyai masa, sebelum hari penamaan calon,” katanya.

Pada Khamis lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 5 Nov sebagai hari penamaan calon dan 19 Nov untuk pengundian.

Sehari selepas pengumuman SPR, Mahathir memberi isyarat kepada pengerusi PH untuk meneroka kemungkinan membentuk pakatan politik.

Anwar, sebagai balasan, berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah bertemu dengan Mahathir dan penekanan PH adalah untuk memerangi BN dan PN.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail berkata gabungan itu bersedia untuk menghadapi pilihan raya negara tanpa Mahathir dan Pejuang.

Mahathir jejas undi bukan Melayu?

Berkongsi pandangan sama, Azizuddin, Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Oh Ei Sun berkata PH akan berdepan kesukaran meraih undi Melayu tanpa bantuan Mahathir.

“Mereka memerlukan Mahathir dengan harapan untuk meraih sebahagian undi Melayu. Walaupun itu mungkin masih tidak mencukupi, ia lebih baik daripada tiada.

“Mahathir tidak dapat meraih undi bukan Melayu lagi, jadi dia juga memerlukan PH,” katanya.

Sambil menekankan kepentingan hubungan politik simbiotik dalam menumpaskan BN dan PN, Oh menjangka Mahathir tetap akan menjejaskan sokongan bukan Melayu PH.

“Tetapi memandangkan majoriti PH di kerusi bukan Melayu pada 2018 begitu memberangsangkan, mungkin ia masih boleh memenangi kebanyakan kerusi bukan Melayu mereka dan merampas beberapa lagi kerusi berpaksikan Melayu.

“Mahathir adalah ‘deadweight‘, tetapi dengan umpan memikat di hujung kail yang lain,” jelasnya.

Liabiliti kepada PH’

Berkongsi sentimen yang sama ialah Pensyarah Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi, bekas perdana menteri dua kali itu hanya akan menjadi liabiliti kepada PH kerana dia tidak lagi memiliki pengaruh yang pernah dipegangnya dalam arena politik.

Awang Azman berpendapat Mahathir lebih memerlukan Anwar, bukan sebaliknya.

“Dia (Mahathir) dapat melihat bahawa PH adalah blok politik yang kuat. Tanpa Mahathir, PH semakin kuat.

“Anwar tidak perlukan Mahathir, tetapi Mahathir yang perlukan Anwar. Tanpa Mahathir, sama ada PH menang atau kalah, mereka akan melakukannya dengan bangga dan bermaruah,” katanya.

Penganalisis sosiopolitik itu percaya bahawa sekiranya Anwar dan Mahathir membentuk pakatan, ia tidak akan dapat diterjemahkan kepada kerjasama yang sebenar.

“Tidak perlu Anwar bergabung dengan Mahathir. Saya bimbang Mahathir akan berbohong kepada Anwar lagi,” ujar Awang Azman.

Sebelum Langkah Sheraton pada 2020, yang membawa kepada kejatuhan pentadbiran PH, Mahathir berada di bawah tekanan untuk menunaikan janji yang telah dibuatnya ketika PH menawan Putrajaya – untuk menetapkan garis masa bagi Anwar menggantikannya sebagai perdana menteri.

Untuk rekod, hubungan antara dua tokoh politik terkemuka itu kecoh sejak beberapa dekad lalu.

Anwar pernah berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan semasa 22 tahun pertama Mahathir memegang jawatan tetapi dipecat pada 1998 selepas berselisih dengan Mahathir mengenai cara mempertahankan ekonomi daripada krisis kewangan Asia.

Melangkah menjadi pembangkang, Anwar dengan cepat mendapat sokongan daripada sebahagian besar orang Melayu Islam, kumpulan etnik dominan negara berbilang budaya, untuk membentuk gerakan Reformasi, sebelum dipenjarakan setahun kemudian atas tuduhan rasuah dan liwat yang menurutnya bermotifkan politik.

Pada tahun-tahun selepas pembebasannya, Anwar membina semula pengikutnya dan hampir mengalahkan bekas perdana menteri Najib Razak, seorang lagi anak didik Mahathir, dalam pilihan raya umum 2013.

Dua tahun kemudian, Anwar dipenjarakan, sekali lagi atas tuduhan liwat yang dinafikannya.

Dia dibebaskan atas pengampunan diraja sejurus selepas Najib kehilangan kuasa dalam pilihan raya 2018

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker