BN muktamad senarai calon tiga hingga lima hari sebelum hari penamaan

#PRU15

BN muktamad senarai calon tiga hingga lima hari sebelum hari penamaan

Barisan Nasional (BN) memuktamadkan senarai penuh calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam tempoh tiga hingga lima hari sebelum penamaan calon pada 5 November ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 70 peratus daripada calon tersebut adalah dalam kalangan muka baharu dalam parti-parti komponen BN.



Katanya, BN telah menguji penampilan 84 peratus muka baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan 72 peratus dalam PRN Johor.

“Pengundi-pengundi mahu supaya muka baharu yang dipilih memberi semangat kepada parti dan berkhidmat kepada pengundi dan rakyat diwakili,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Himpunan Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran serta Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Negeri Terengganu di Jenagor, Kuala Berang, di sini, hari ini.

Yang hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Selain itu, beliau meminta pemimpin lama yang tidak tercalon membantu calon muka baharu memenangi kerusi masing-masing pada PRU15, 19 November ini.



“Itulah harapan Perdana Menteri dan saya (pemimpin lama bantu calon baharu),” ujarnya.

Selain itu beliau memberitahu, BN mengenal pasti sebanyak 27 hingga 31 kerusi kritikal yang akan diberi perhatian untuk memperoleh kemenangan pada PRU15.

“Kita berazam memperkukuh jentera pilihan raya BN untuk memenangi kerusi-kerusi berkenaan,” katanya. Utusan

BN muktamad senarai calon tiga hingga lima hari sebelum hari penamaan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?



Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker