Marang kubu ‘walaun’ paling kuat di dunia, akan ditentang habis habisan – Calon Amanah

 

Bekas calon Amanah, Azhar Abdul Shukur mengumumkan akan mencabar Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Azhar yang pernah bertanding dalam pilihan raya kecil Sungai Besar pada 2016 berkata, dia sedar Amanah telah membuat keputusan yang luar biasa dengan memilihnya sebagai calon di kerusi itu.

“Apabila parti memutuskan untuk saya turun ke Marang, kubu walaun paling kuat dalam dunia, saya terima dengan gembira.

“Dan apabila Anwar (Ibrahim) mengumumkan beliau bertanding di Tambun, saya sedar parti telah membuat keputusan yang luar biasa untuk orang yang biasa-biasa macam saya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

‘Walaun’ adalah gelaran yang diberikan oleh penyokong Amanah dan Pakatan Harapan (PH) kepada penyokong setia PAS.

Azhar berkata meskipun pencalonannya di kerusi itu belum dibuat secara rasmi, namun Amanah tidak menghalangnya daripada memaklumkan perkara itu.

Pada PRU-14, kerusi Parlimen Marang dimenangi Abdul Hadi dengan majoriti 21,954 undi.

Pada pilihan raya itu, Abdul Hadi mendapat 53,749 undi menewaskan calon BN, Mohamad Nor Endot yang memperoleh 31,795 undi, manakala calon PH dari PKR, Zawawi Sulong hilang wang deposit.

Abdul Hadi memenangi kerusi parlimen itu selama enam penggal, sekali gus menjadikan kawasan tersebut sebagai kubu kuat PAS yang sukar untuk ditembusi.

Mengakui kesukaran untuk PH menembusi kubu kuat PAS itu, Azhar berkata ia bukan isu besar kerana gabungan itu tidak akan kehilangan kerusi jika tewas di parlimen Marang.

Sebaliknya katanya, seandainya PH menang di kerusi berkenaan, ia adalah suatu sejarah baru bagi negara.

“Marang kerusi tradisi PAS dan Umno. PAS biasa menang dan kekadang Umno menang. Ini bukan kerusi boleh menang untuk PH.

“Andai PH kalah di sini, PH tidak hilang kerusi tetapi andai PH menang, ia suatu sejarah baru,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan

Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker