Temui ular dalam pesawat

Temui ular dalam pesawat

TRENTON, NEW JERSEY – Seekor ular mencetuskan situasi panik dalam kalangan penumpang pesawat United Airlines apabila ia ditemui ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark di New Jersey, Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar New York Post semalam.

Pesawat itu dilaporkan mendarat sekitar pukul 1.15 tengah hari (waktu tempatan) selepas menamatkan penerbangan selama dua jam dari Tampa, negeri Florida apabila jeritan penumpang kedengaran dari ruang kabin kelas perniagaan, lapor saluran berita News 12 New Jersey.



Penumpang yang ketakutan dilaporkan mengangkat kaki mereka untuk mengelak ular tersebut ketika ia menyusur di sekitar kabin.

Seorang jurucakap Pihak Berkuasa Pelabuhan memberitahu, pegawainya segera mengeluarkan ular itu sebaik sahaja pesawat berkenaan sampai ke pintu pagar lapangan terbang.

Masih tidak jelas bagaimana ular itu dapat memasuki pesawat berkenaan.

Selepas ia dialihkan, penumpang kemudian turun bersama bagasi mereka dan pihak berkuasa menjalankan tugas untuk mengesan sebarang reptilia lain yang berada atas pesawat, lapor laman berita Simple Flying. Bagaimanapun, tiada haiwan lain ditemui.



Gangguan itu menyebabkan penerbangan mengalami kelewatan selama 20 minit sebelum pesawat itu berlepas ke Fort Myers, Florida. – Agensi

Temui ular dalam pesawat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan



Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker