Saman bubar Parlimen: DAP dicabar boikot PRU15
#PRU15
Saman bubar Parlimen: DAP dicabar boikot PRU15
Barisan Nasional (BN) Selangor mencabar Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP untuk memboikot Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya ingin meneruskan tindakan mahkamah terhadap kerajaan kerana membubarkan Parlimen.
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, DAP juga dicabar untuk tidak mempertahankan kerusi yang dimenangi parti itu dalam pilihan raya kali ini jika tidak berpuas hati dengan pembubaran Parlimen yang dilakukan pada tahun ini.
“Kalau dia (DAP) menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ini, bukan keputusan yang menyusahkan rakyat, maka bubarlah Parlimen,
“Kalau dia rasa tidak mahu menghormati keputusan Agong, DAP jangan letak calon, kalau dia tak puas hati, boikotlah pilihan raya,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Rabu lepas, penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago menfailkan saman pemula terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan pembubaran Parlimen yang dibuat Perdana Menteri pada 10 Oktober lalu.
Saman pemula yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa lepas bertujuan menghalang SPR daripada melaksanakan PRU15.
Charles menuntut supaya satu deklarasi bahawa kuasa yang terletak pada YDPA mengikut Perkara 55(2), Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dilaksanakan mengikut Perkara 40(1) dan (1A).
Perkara 55(2) membabitkan YDPA boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.
Dalam pada itu, Noh juga mencabar PH tidak meletakkan calonnya di kerusi-kerusi Parlimen di Selangor bagi membuktikan dakwaan pembubaran itu menyusahkan rakyat atas alasan musim tengkujuh dan banjir.
“Macam kerajaan negeri, kalau tak mahu mengadakan pilihan raya, jangan mengadakan pilihan raya, kalau kata menyusahkan rakyat. Dia cakap kalau pilihan raya dua kali, kerajaan akan rugi, SPR akan belanja banyak.
“Kalau itu sebabnya, apa salahnya sama-sama mengadakan pilihan raya, mengapa dulu kita boleh buat sekali, sekarang pula tak boleh.
“Dia masih nak bermain politik, kalau dia betul-betul pentingkan masalah rakyat, maka dia bubar sama-sama,” katanya. MG
Saman bubar Parlimen: DAP dicabar boikot PRU15
Baca Artikel Menarik:
- BN mampu menang PRU15 jika…
- Oktovia Manrose hadir majlis ilmu Ustazah Asma, peminat sejuk mata tengok
- Tajuddin hadir acara Zahid di sebalik penggantungan
- Dakwaan dipukul polis trafik, pemandu treler ditahan
- Hanipa digugur menjelang PRU15?
- Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit
- Kabinet bincang 2 kali tentang bubar parlimen – Ismail
- Budak sekolah kongsi duit sertai parti liar dalam banglo
- Suami isteri didenda rakam, muat naik gambar bogel di lokasi pelancongan Singapura
- Video atas katil Tya Arifin bocor diluar kawalannya
- Hasmah dedahkan Mahathir hampir jatuh, risau pulang dengan van jenazah
- Idris kalah teruk di Bukit Gantang, macam mana nak jadi calon?
- Bekas ADUN PAS masuk Umno mahu martabat Islam bukan tanding PRU
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi
Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan
You must be logged in to post a comment.