Mana janji MB Terengganu nak umum jumlah rizab royalti minyak?
Mana janji MB Terengganu nak umum jumlah rizab royalti minyak?
Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar digesa mengumumkan secara terbuka jumlah rizab terkumpul royalti minyak untuk negeri tersebut.
Bekas pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail, berkata desakan itu dibuat kerana Ahmad Samsuri sendiri sebelum ini pernah berjanji untuk berbuat demikian.
Kata Azan janji itu dinyatakan Ahmad Samsuri pada awal tahun ini.
“Pada awal tahun ini menteri besar berjanji untuk mengumumkan berapa jumlah duit royalti yang sepatutnya disimpan RM100 juta setiap tahun.
“Tetapi, sehingga kini dia mengelak dan rakyat Terengganu perlu tahu. Sama seperti isu tambang ECRL yang akan dikenakan kepada penumpang dari pantai timur.
“Selepas bekas perdana menteri Najib ke penjara seolah olah isu itu turut masuk penjara sama. PAS cuci tangan,” katanya kepada Malaysiakini.
Azan berkata dia membangkitkan perkara itu kerana ia selaras dengan ketetapan dalam peruntukan undang-undang yang mensyaratkan kerajaan negeri menyimpan RM100 juta daripada hasil petroleum dan gas setiap tahun.
Sebelum ini, Ahmad Samsuri dilaporkan berkata kerajaan Terengganu bersedia mendedahkan jumlah rizab terkumpul hasil royalti minyak dan gas namun perlu menelitinya terlebih dulu.
Kata Ahmad Samsuri, kerajaan negeri boleh memperincikan maklumat tersebut dengan memeriksa rekod lama kerana ia mula diterima sejak 1978.
Menurut Azan, kerajaan Terengganu sepatutnya jujur dan tidak mencari alasan untuk mengabaikan janji tersebut.
“Mereka sepatutnya jujur. Kalau tiada maklumat sejak 1978, apa salah umumkan maklumat setakat yang ada.
“Sekurang-kurangnya, maklumat sekadar penggal Terengganu ditadbir oleh PAS… apa masalah PAS?” katanya.
Untuk rekod, pada kempen menjelang PRU ke-14 pada 2018lalu, Pakatan Harapan (PH) berjanji untuk memberikan 20 peratus royalti kepada negeri pengeluar petroleum
Susulannya, bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa kerajaan akan “menunaikan janji” dengan memberi 20 peratus royalti minyak berdasarkan keuntungan dan bukannya penghasilan. Mk
Mana janji MB Terengganu nak umum jumlah rizab royalti minyak?
Baca Artikel Menarik:
- BN mampu menang PRU15 jika…
- Oktovia Manrose hadir majlis ilmu Ustazah Asma, peminat sejuk mata tengok
- Tajuddin hadir acara Zahid di sebalik penggantungan
- Dakwaan dipukul polis trafik, pemandu treler ditahan
- Hanipa digugur menjelang PRU15?
- Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit
- Kabinet bincang 2 kali tentang bubar parlimen – Ismail
- Budak sekolah kongsi duit sertai parti liar dalam banglo
- Suami isteri didenda rakam, muat naik gambar bogel di lokasi pelancongan Singapura
- Video atas katil Tya Arifin bocor diluar kawalannya
- Hasmah dedahkan Mahathir hampir jatuh, risau pulang dengan van jenazah
- Idris kalah teruk di Bukit Gantang, macam mana nak jadi calon?
- Bekas ADUN PAS masuk Umno mahu martabat Islam bukan tanding PRU
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi
You must be logged in to post a comment.