Sepakat sokong Ismail Sabri calon PM, bukti keteguhan solidariti UMNO

#PRU15

Sepakat sokong Ismail Sabri calon PM, bukti keteguhan solidariti UMNO

KESEPAKATAN yang dicapai oleh hampir kesemua UMNO bahagian menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri menjadi manifestasi kepada solidariti parti tersebut.

Ia merupakan petunjuk jelas bahawa parti keramat Melayu itu sudah bersedia untuk bertempur habis-habisan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak.



Penganalisis politik, Dr Syed Agil Syed Alsagoff menegaskan, kesepakatan itu juga menyerlahkan betapa ahli akar umbi menjunjung ketetapan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang mahukan Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ mereka.

Selain itu, katanya, ia juga menepis ‘cakap-cakap belakang’ atau spekulasi bahawa UMNO kini berpecah dan wujud situasi tidak harmoni dalam kalangan pemimpin mereka.

“Mereka (akar umbi) ini bersatu hati untuk menaikkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kalau menang pilihan raya.

“Soal perpecahan dalam UMNO, dalam masa sekarang ini mereka sudah capai satu solidariti yang mantap kerana tiada bantahan keputusan dibuat oleh MKT.



“UMNO tak sama macam parti lain, dia ada akar umbi yang kuat, dari situ kita nampak solidariti itu ada,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Agil menjelaskan, sokongan diterima oleh Ismail Sabri bukan suatu perkara ganjil kerana beliau merupakan pemimpin yang mudah didekati.

Katanya, ketokohan Naib Presiden UMNO itu semakin terserlah apabila mengamalkan gaya hidup sederhana yang nyata disenangi bukan sahaja dalam kalangan rakan malah pemimpin pembangkang juga.

Katanya lagi, meskipun kelihatan lembut, Ismail Sabri sangat teliti apabila bercakap perihal kerja dan perkara ini dapat dilihat melalui beberapa keputusan yang dibuat dengan menjadikan rakyat sebagai teras utama.



“Ismail Sabri seorang pemimpin yang boleh diterima oleh parti bukan sahaja daripada UMNO dan juga parti-parti lain, kalau kita tengok dalam Kabinet pun parti-parti lain menghormati keputusan dibuat oleh Ismail Sabri.

“Dari segi polisi dia pun kalau kita perhatikan, polisinya tidak disanggah oleh pembangkang. Kalau tengok dalam Parlimen Ismail Sabri berupaya memastikan akta yang dibawa dapat diluluskan.

“Dia ini tokoh politik yang bersederhana, yang boleh bertolak ansur, kalau tidak kita akan nampak macam-macam konfrontasi,” katanya. Utv

Sepakat sokong Ismail Sabri calon PM, bukti keteguhan solidariti UMNO




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi



Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan

Nora Danish ‘belanja’ apa tu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker