Jangan sampai dua, tiga, empat Perdana Menteri dilantik dalam satu penggal

#PRU15

Jangan sampai dua, tiga, empat Perdana Menteri dilantik dalam satu penggal

Barisan Nasional (BN) sedia untuk melaksanakan apa sahaja kaedah matang termasuk bergabung dengan parti lain bagi memastikan kewujudan kestabilan politik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keutamaan ketika ini adalah untuk mengelakkan rakyat menjadi mangsa akibat ketidakstabilan politik jika tiada parti memperoleh majoriti kukuh bagi membentuk kerajaan.



Bagaimanapun, beliau berkata, langkah bergabung itu masih terlalu awal untuk dibincangkan kerana beliau yakin BN mampu mendapat majoriti mudah dalam PRU15.

“Setiap pemimpin pasti mempunyai keyakinan parti mereka akan membentuk kerajaan dan saya tidak perlu sebut kaedah akan kita gunakan. Insya-Allah kita akan menjadi kerajaan dominan dan mutlak dalam PRU15 ini.

“(Gabungan parti) adalah terlalu awal untuk dibincangkan, tetapi kita bersedia untuk lakukan apa sahaja asalkan kita wujudkan negara stabil politiknya dan tidak mahu (ada) tiga hingga empat Perdana Menteri dalam satu penggal sehingga rakyat menjadi mangsa.

“Maka kaedah itu (kerjasama politik) dilakukan dengan cukup matang,” katanya ketika temubual khas yang disiarkan pada program Podcast BH bertajuk ‘Faktor Wow’ Calon PRU15, malam ini.



Program Podcast BH itu dikendalikan wartawan BH, Ahmad Suhael Adnan bersama Suzalina Halid manakala panel jemputan adalah Pensyarah Kanan, Pusat Latihan Intern & Pengayaan Akademik (CITrA), Universiti Malaya (UM), Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis.

Ditanya mengenai ciri-ciri parti berpotensi untuk bergabung, Ahmad Zahid berkata, BN menerima parti mempunyai ciri tidak cauvinis dan bersifat terbuka bagi memacu agenda pengukuhan negara dan rakyat.

“Rakyat dalam satu penggal ini sudah sengsara dan memerlukan kerajaan stabil, boleh memberi peluang pekerjaan, ‘food on the table’, duit dalam poket. Ini yang rakyat mahu,” katanya.

Beliau turut berkeyakinan BN mampu menguasai saingan PRU15 meskipun rakyat hari ini mempunyai banyak pilihan parti untuk diundi.



“Ketika ini kita mempunyai enam gabungan parti dan pengundi mempunyai banyak pilihan untuk diberikan kepercayaan tetapi BN juga mempunyai pengalaman memimpin negara selama 62 tahun dan tidak dilupakan satu parti diberikan peluang 22 bulan (memimpin), jelas tidak dapat menunaikan janji, walaupun pemimpinnya sangat berpengalaman dan pernah memerintah 22 tahun.

“Kerajaan sekarang ini juga dipimpin BN maka sudah tentu kita mahu beri kesinambungan ‘track rekod’ bertulang belakangkan UMNO untuk mewujudkan kemakmuran di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor akan menjadi panduan kemenangan PRU15 tetapi tidak boleh dijadikan satu sandaran mutlak untuk memperoleh kemenangan.

“Pada hemat saya, tiga PRN iaitu di Sabah, Melaka dan Johor bukan sekadar memperlihatkan BN diterima semula tetapi kestabilan dimahukan rakyat.



“Buktinya pelaburan asing di Johor menyebabkan negeri itu berada di tempat pertama berbanding tangga keenam ketika dua kerajaan sebelum itu. Malah pelaburan dalam Melaka antara tertinggi walaupun negeri itu tidak mempunyai sumber asli,” katanya. BH

Jangan sampai dua, tiga, empat Perdana Menteri dilantik dalam satu penggal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)



Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker