‘PRU15 dijangka hambar’
Ketua Penyelidik ILHAM Centre, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, bilangan kecil DUN yang dibubarkan dan jangkaan kadar keluar mengundi yang rendah bakal menjadikan PRU15 lebih hambar berbanding PRU14.
“Walaupun dengan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi secara automatik yang berkuat kuasa pada 15 Disember tahun lalu, saya jangkakan kadar keluar mengundi pada PRU15 jauh lebih rendah berbanding PRU14 dan ada beberapa faktor mempengaruhi jangkaan ini,” katanya kepada Sinar Premium.
Mohd Yusri berkata, pengundi yang didaftarkan secara automatik tidak memiliki ghairah dan kesediaan keluar mengundi yang sama dengan pengundi yang berdaftar secara sukarela.
“Begitu juga anak-anak muda yang berada pada akhir usia remaja, kesediaan mereka untuk keluar mengundi pada tahap yang optimum masih jadi tanda tanya,” ujarnya.
Beliau berkata, satu lagi faktor berisiko merendahkan kadar keluar mengundi dalam kalangan pemilih PRU15 adalah majoriti negeri hanya berlaku pengundian untuk kerusi Parlimen sahaja, manakala beberapa negeri lain akan melakukan pilihan raya peringkat DUN.
Pada PRU14, pembubaran Parlimen menyaksikan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (kecuali Sarawak yang memiliki 82 DUN) dipertandingkan.
Bagaimanapun dalam edisi PRU15 selepas Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu, hanya dua negeri iaitu Perlis dengan 15 DUN dan Pahang (42 DUN) telah membubarkan DUN manakala Perak (59 DUN), statusnya masih menjadi tanda tanya.
Tiga negeri milik Pakatan Harapan (PH) iaitu Pulau Pinang (40 DUN), Selangor (56 DUN) dan Negeri Sembilan (36 DUN) serta negeri ditadbir Pas iaitu Kedah (36 DUN), Kelantan (45 DUN) dan Terengganu (32 DUN) kekal dengan pendirian tidak membubarkan DUN tahun ini.
Untuk PRU15 ini juga, satu-satunya kerusi DUN di Sabah iaitu DUN Bugaya akan diadakan serentak dengan Pusat selepas Yang di-Pertuan Agong perkenan pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat.
DUN Bugaya sebelum ini diisytihar kosong selepas penyandangnya, Allahyarham Manis Muka Mohd Dara sebelum meninggal dunia pada 17 November 2020.
Allahyarham Manis Muka memenangi kerusi DUN Bugaya atas tiket Parti Warisan dengan majoriti 6,005 undi menewaskan enam pencabar lain dalam pertandingan tujuh penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 pada 26 September 2020.
Bagi 238 lagi kerusi DUN di Sabah (59 DUN selepas tolak DUN Bugaya), Sarawak (82 DUN), Johor (56 DUN) dan Melaka (28 DUN) pula, kesemuanya tidak akan dipertandingkan memandangkan negeri itu baru selesai mengadakan pilihan raya negeri.
“Apabila majoriti kerusi DUN tidak dipertandingkan dalam PRU15 ini, suasana pilihan raya akan jadi sedikit ‘sejuk’,” kata Mohd Yusri.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya malu untuk ceroboh kawasan lain – Khairy
- Selepas Istana Selangor dedahkan, MB Selangor akhirnya akui tidak pernah mohon untuk bubar DUN
- Kedai Shuib dirempuh kereta, mungkin pemandu ingat drive thru
- Ekonomi global dalam bahaya – Bank Dunia
- Pertemuan terakhir PAS dan UMNO pada 12 Oktober
- Hadi mula menyerang UMNO
- Bubar DUN semua negeri PH – Ramkarpal
- STF sahkan ada campur tangan pelantikan hakim zaman PH
- Populariti Najib jadi ‘X factor’ dalam PRU15
- Ahli Parlimen UMNO yang khianat parti kini susah hati kerana akan gagal pertahankan kerusi dalam PRU-15
- Bekas Pelajar DDNK Pula Cerita Pengalaman Tak Best Sertai Kelas Saham
- Baby Shima Sindir PU & Ustazah ‘Online’ Pasal Kes Amang Seksual
- PH muktamad tiada kerjasama dengan GTA, PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET