Dana khas kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia bagi menghargai jasa mereka
Dana khas kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia bagi menghargai jasa mereka
DANA khas RM200,000 diperuntukkan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia dan RM100,000 kepada Persatuan Bekas Polis Pahang, sebagai menghargai jasa pesara pasukan keselamatan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peruntukan itu juga bertujuan memastikan kebajikan pesara polis yang membantu menjaga keselamatan negara sepanjang perkhidmatan mereka, terus terjaga dan dibela.
“Apabila cakap soal pesara, mereka (pesara) selalu nak dengar pengumuman kerajaan khusus untuk pesara, tetapi kerajaan sebenarnya telah umum pelbagai pinjaman perniagaan, (misalnya) TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) yang diperuntukkan sejumlah besar, meliputi semua termasuk pesara.
“Jadi sebenarnya banyak program diumumkan kerajaan di bawah latihan Perkeso, HRD Corp yang tak sebut secara terperinci kepada pesara, namun jelas bahawa pesara memang tidak dipinggirkan,” katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Pahang kali ke-42 di Bera hari ini.
Ismail Sabri turut memaklumkan pengecualian cukai kepada individu dan badan korporat yang memberi dana kepada persatuan atau badan yang tidak membuat keuntungan seperti Persatuan Bekas Polis Malaysia.
Dalam pada itu Ismail Sabri berharap pesara polis dapat terus mempertahankan kerajaan seperti semasa mereka berkhidmat, selagi pemerintah negara tidak melakukan sebarang kemungkaran.
“Barisan hadapan negara yang menjaga keselamatan dan mempertahankan kerajaan adalah tentera serta polis; dan waktu bertugas dalam pasukan keselamatan, memang sumpah setia mempertahankan kerajaan,” katanya.
Perdana Menteri menjelaskan sekiranya Barisan Nasional diberi peluang untuk terus mentadbir negara, Bajet 2023 akan dibentangkan semula dan segala bantuan serta inisiatif yang dirangka bakal dilaksanakan untuk manfaat rakyat.
“Dalam Bajet 2023 sudah menyeluruh, kalau kerajaan yang berbeza, tak tahu lagi bajet apa yang akan dibentangkan,” katanya. Utv
Dana khas kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia bagi menghargai jasa mereka
Baca Artikel Menarik:
- Saya malu untuk ceroboh kawasan lain – Khairy
- Selepas Istana Selangor dedahkan, MB Selangor akhirnya akui tidak pernah mohon untuk bubar DUN
- Kedai Shuib dirempuh kereta, mungkin pemandu ingat drive thru
- Ekonomi global dalam bahaya – Bank Dunia
- Pertemuan terakhir PAS dan UMNO pada 12 Oktober
- Hadi mula menyerang UMNO
- Bubar DUN semua negeri PH – Ramkarpal
- STF sahkan ada campur tangan pelantikan hakim zaman PH
- Populariti Najib jadi ‘X factor’ dalam PRU15
- Ahli Parlimen UMNO yang khianat parti kini susah hati kerana akan gagal pertahankan kerusi dalam PRU-15
- Bekas Pelajar DDNK Pula Cerita Pengalaman Tak Best Sertai Kelas Saham
- Baby Shima Sindir PU & Ustazah ‘Online’ Pasal Kes Amang Seksual
- PH muktamad tiada kerjasama dengan GTA, PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET