Abang Johari tidak lupa bagaimana Guan Eng minta bayar hutang RM2.3 bilion

Abang Johari tidak lupa bagaimana Guan Eng minta bayar hutang RM2.3 bilion

Abang Johari Abang Openg tidak lupa bagaimana bekas bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng meminta kerajaan negeri Sarawak membayar hutang sebanyak RM2.352 bilion terlebih dahulu sebelum bantuan kerajaan Persekutuan membaiki sekolah-sekolah daif disalurkan ke negeri itu.

Premier Sarawak itu berkata, pembinaan dan menaik taraf sekolah adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan namun sekiranya infrastruktur itu sangat daif maka kerajaan negeri akan membantu.



”Sebab itu ketika pemerintahan PH dahulu, kita minta mereka supaya membangunkan sekolah-sekolah yang telah dipersetujui kerajaan terdahulu sebelum PH. Tetapi semuanya dibatalkan.

“Saya telah dicabar oleh Menteri Kewangan ketika itu yang telah meminta Sarawak membayar pinjaman terlebih dahulu kepada kerajaan PH. Memang kita ada pinjaman, ini adalah satu pengaturan dan kita bayar mengikut jadual.

“Kerajaan Sarawak telah menyahut cabaran tersebut dengan membayar awal RM1 bilion kepada kerajaan pusat,” katanya sesi Townhall bersama anak-anak Sarawak dalam program ‘Lan Berambeh’ 2022, di sini, hari ini.

Guan Eng dipetik berkata, proses perolehan dan perbelanjaan fasa pertama projek membaik pulih sekolah daif di Sarawak sebanyak RM350 juta akan disegerakan sebaik sahaja kerajaan negeri membayar hutang mereka.



Menurut Guan Eng, hanya selepas pembayaran beberapa perkara harus dimuktamadkan, antaranya jadual pelaksanaan, senarai sekolah dan proses tender bagi projek tersebut.

Abang Johari berkata, tiada kerajaan negeri yang akan melakukan sebanyak yang dilakukan kerajaan negeri sarawak itu dalam tempoh yang singkat demi kepentingan pelajarnya. MG

Abang Johari tidak lupa bagaimana Guan Eng minta bayar hutang RM2.3 bilion


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau



Musim YB salam B40 sudah tiba



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker