UMNO Pulau Pinang mahu MN dikembalikan

GEORGETOWN – UMNO Pulau Pinang masih mengharapkan kerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut laporan Sinar, Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, walaupun pucuk pimpinan kedua-dua parti memilih untuk membawa haluan sendiri, namun di peringkat negeri, UMNO Pulau Pinang masih mengharapkan ada solusi terbaik untuk mengembalikan kerjasama MN.

Menurutnya, di Pulau Pinang, UMNO dan Pas mempunyai hubungan yang sangat rapat malah saling menyokong antara satu sama lain dalam setiap program yang diadakan sebelum ini.



“Di Pulau Pinang ini kita lain, dengan Pas kita sangat rapat dan kemesraan itu dapat dilihat daripada ahli akar umbi sehinggalah pimpinan negeri.

“Malah sehingga sekarang UMNO dan Pas di sini masih berbincang mengenai kerjasama MN di peringkat negeri.

“Jadi kita harap pucak pimpinan UMNO dan Pas boleh pertimbang semula keputusan mereka. Kalau boleh selesai masalah ini dengan keputusan positif,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan jentera pilihan raya Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Pulau Pinang di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Pengerusi Kimma Pulau Pinang, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader.



Dalam pada itu, Musa yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang berkata, pihaknya sebolehnya mahu mengelak pertembungan dengan calon Pas pada PRU15 setelah melihat implikasi yang berlaku pada PRU14 lalu.

Bagaimanapun jelasnya, UMNO Pulau Pinang akan akur dengan sebarang keputusan pucuk pimpinan termasuk terpaksa berdepan situasi pertandingan tiga penjuru.

“Jika terpaksa menentang calon Pas juga, kita akur dan menganggap ia seperti pertandingan antara sahabat dan akan mengelak kempen yang mengutuk atau membenci antara satu sama lain.

“Bagaimanapun, jika berdepan dengan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kita akan lawan memandangkan majoriti akar umbi UMNO menolak parti tersebut,” katanya.



Pada Khamis, Pas dilaporkan memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai sekutu menghadapi PRU15.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat atas prinsip penyatuan ummah.

Keputusan itu sekali gus menunjukkan Pas menolak UMNO dan BN untuk menjalinkan kerjasama pada PRU15.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin



Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker