Remaja lelaki ditemukan lemas selepas selamatkan rakan
Remaja lelaki ditemukan lemas selepas selamatkan rakan
Seorang remaja lelaki maut selepas berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas ketika mandi di Air Terjun Serendah dekat sini, hari ini.
Mangsa, K. Rajeshwaran, 19, ditemukan anggota bomba dan penyelamat menggunakan kaedah selaman dasar pada 2.55 petang tadi selepas dipercayai tenggelam di dasar air terjun itu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.20 tengah hari daripada rakan mangsa sebelum lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi kira-kira 40 minit kemudian.
Beliau berkata dalam kejadian itu, mangsa dan dua rakannya yang berasal dari Bestari Jaya dekat sini mandi di air terjun berkenaan sebelum seorang daripada mereka hampir lemas.
“Mangsa kemudian cuba menyelamatkan rakannya dan berjaya berbuat demikian, namun nasib tidak menyebelahinya apabila dia tenggelam ke dasar air terjun itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurutnya ketika kejadian, terdapat arus deras susulan hujan lebat. MG
Remaja lelaki ditemukan lemas selepas selamatkan rakan
Baca Artikel Menarik:
- Saya malu untuk ceroboh kawasan lain – Khairy
- Selepas Istana Selangor dedahkan, MB Selangor akhirnya akui tidak pernah mohon untuk bubar DUN
- Kedai Shuib dirempuh kereta, mungkin pemandu ingat drive thru
- Ekonomi global dalam bahaya – Bank Dunia
- Pertemuan terakhir PAS dan UMNO pada 12 Oktober
- Hadi mula menyerang UMNO
- Bubar DUN semua negeri PH – Ramkarpal
- STF sahkan ada campur tangan pelantikan hakim zaman PH
- Populariti Najib jadi ‘X factor’ dalam PRU15
- Ahli Parlimen UMNO yang khianat parti kini susah hati kerana akan gagal pertahankan kerusi dalam PRU-15
- Bekas Pelajar DDNK Pula Cerita Pengalaman Tak Best Sertai Kelas Saham
- Baby Shima Sindir PU & Ustazah ‘Online’ Pasal Kes Amang Seksual
- PH muktamad tiada kerjasama dengan GTA, PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.