Ibu muda dipaksa ‘main’ oleh suami orang

Seorang ibu muda di Sumatera Selatan, Indonesia dipaksa melakukan hubungan seks oleh seorang lelaki sudah beristeri yang mengancam akan mencederakannya, lapor laman berita Suara.com.

Kejadian berlaku kepada S, 30, di rumahnya. Dia terpaksa akur dengan kehendak suspek kerana kaki dan tangannya diikat selain diacukan sebilah pisau.

Ketua Unit Siasatan Jenayah, AKP Jailili dan Ketua Hubungan Masyarakat (Humas), Joni Indrajaya berkata, kejadian itu berlaku pada Selasa lalu sekitar pukul 12.30 tengah malam (waktu tempatan).

Suspek pergi ke rumah mangsa dan memaksa melakukan seks dengannya. Oleh kerana menolak, mangsa dipaksa membuka pakaian selain tangan dan kakinya diikat.

Setelah suspek puas, mangsa ditinggalkan selepas membuka ikatan pada kaki dan tangannya.

Akibat kejadian itu, mangsa dikatakan sakit di bahagian kemaluannya selain cedera di kepala.

Suspek ditahan di rumahnya selepas keberadaannya dimaklumkan oleh seorang penduduk kampung.

“Suspek ditahan tanpa melawan dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Muratara untuk didakwa mengikut undang-undang,” demikian kenyataan balai polis Sumatera Selatan. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker