Anwar Mahu Pastikan ‘Kerusi Pengkhianat’ Tiada Satu Pun Selamat
Anwar Mahu Pastikan ‘Kerusi Pengkhianat’ Tiada Satu Pun Selamat
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu jentera PH memastikan semua ‘pengkhianat parti’ itu tumbang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.
Begitupun, tegasnya, fokus utama gabungan itu adalah untuk memastikan segala perancangan dilaksanakan supaya tidak lagi kedengaran rintihan daripada rakyat yang terasa dipinggirkan.
“Kita tunggu lama. Kita dapat sekejap kemudian dirampas pengkhianat-pengkhianat. Pastikan kerusi pengkhianat itu tiada satu pun selamat, kita humban mereka habis.
“Yang penting, peringkat pelaksanaan supaya jangan lagi ada suara merintih dari mana-mana kaum.
“Apa erti jadi seorang Presiden atau Perdana Menteri, bicara di khalayak dengan pakaian mahal, protokol memukau dan hebat, perbarisan sekuriti lengkap..
“.. semua ada.. tapi langsung tidak merasai rintihan seorang bayi atau ibu tunggal yang terpaksa mengemis, kena tunggu pilihan raya, dapat RM200 untuk mencium tangan kamu yang busuk dengan rasuah itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Iltizam Wanita dan Jentera PRU15 Wanita Pakatan Harapan di sini pada Sabtu.
Dalam perkembangan lain, Anwar berkata PH bersedia memperuntukkan 30 peratus kerusi untuk calon wanita dalam PRU15.
“Ada juga polemik berkata kenapa tidak 40 atau 50 peratus tapi kalau dapat capai 50 peratus itu adalah sangat meyakinkan.
“Kita tak boleh nak pandang ringan tuntutan daripada wanita ini kerana wanita adalah tonggak dalam gerakan kita,” ujarnya.
Bahang pilihan raya semakin hampir namun teka-teki di mana Ahli Parlimen Port Dickson itu akan bertanding masih hangat dibincangkan.
Berdasarkan kenyataannya sebelum ini, beliau dilaporkan akan bertanding di ‘kerusi pengkhianat’ namun ada juga khabar angin beliau akan bertanding di kawasan lain.
Antara yang disebut-sebut ialah Parlimen Gombak, kerusi bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. AA
Anwar Mahu Pastikan ‘Kerusi Pengkhianat’ Tiada Satu Pun Selamat
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya malu untuk ceroboh kawasan lain – Khairy
- Selepas Istana Selangor dedahkan, MB Selangor akhirnya akui tidak pernah mohon untuk bubar DUN
- Kedai Shuib dirempuh kereta, mungkin pemandu ingat drive thru
- Ekonomi global dalam bahaya – Bank Dunia
- Pertemuan terakhir PAS dan UMNO pada 12 Oktober
- Hadi mula menyerang UMNO
- Bubar DUN semua negeri PH – Ramkarpal
- STF sahkan ada campur tangan pelantikan hakim zaman PH
- Populariti Najib jadi ‘X factor’ dalam PRU15
- Ahli Parlimen UMNO yang khianat parti kini susah hati kerana akan gagal pertahankan kerusi dalam PRU-15
- Bekas Pelajar DDNK Pula Cerita Pengalaman Tak Best Sertai Kelas Saham
- Baby Shima Sindir PU & Ustazah ‘Online’ Pasal Kes Amang Seksual
- PH muktamad tiada kerjasama dengan GTA, PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.