Rapatkan saf, ketepikan titik ‘bengik’ sesama sendiri – Zahid

#PRU15

Rapatkan saf, ketepikan titik ‘bengik’ sesama sendiri – Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan sayap parti perlu merapatkan saf, sekali gus mengetepikan titik ‘bengik’ (remeh) sesama sendiri dan meletakkan perjuangan parti mengatasi kepentingan diri.

Beliau menekankan pesanan itu sempena persidangan 191 UMNO Bahagian di seluruh negara, bermula hari ini hingga Ahad, yang disifatkan sebagai medan terbaik untuk memantapkan lagi persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



“Bersama misi mencapai ‘Kestabilan dan Kemakmuran’ (tema manifesto Barisan Nasional/BN pada PRU15), mari kita menyusun sebaik mungkin gerak kerja jentera parti bagi merealisasikan hasrat rakyat yang sekian lama menderita dengan polemik politik yang turut menggoncang kemakmuran ekonomi,” katanya dalam hantaran melalui Facebook beliau.

Persidangan itu dilihat umum sebagai medan untuk merancang strategi terbaik, menyuarakan saranan konstruktif dan kritikan membina bagi memperkukuh gerakan UMNO secara keseluruhan.

Selain Ahmad Zahid, beberapa pemimpin tertinggi UMNO turut menzahirkan ucapan selamat bersidang kepada semua ahli yang terbabit, melalui media sosial rasmi masing-masing.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata persidangan perwakilan itu perlu dijadikan antara usaha memperkemaskan jentera pilihan raya bagi menghadapi PRU15.



Justeru, beliau berkata, ucapan pimpinan wajar mengulas tema manifesto BN, selain meniupkan semangat perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara.

Sementara itu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut menasihati akar umbi supaya menyokong siapapun wakil parti dan BN yang dicalonkan pada PRU15.

“Paling penting, tingkatkan iltizam dan semangat untuk membantu parti… tidak ada individu yang lebih besar daripada parti,” katanya. BH

Rapatkan saf, ketepikan titik ‘bengik’ sesama sendiri – Zahid




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin



Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker