Pengurus bank tipu pelaburan guna wang simpanan pelanggan didakwa hari ini

Pengurus bank tipu pelaburan guna wang simpanan pelanggan didakwa hari ini

KLANG: Seorang pengurus bank tempatan akan didakwa di Mahkamah Majistret Klang, hari ini, atas tuduhan menipu pelaburan dengan menggunakan wang simpanan pelanggan tanpa pengetahuan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata suspek akan didakwa dengan empat pertuduhan yang membabitkan kerugian berjumlah RM164,000.

Beliau berkata, suspek ditahan pada jam 1.30 tengah hari ini ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Katanya, terdahulu polis menerima satu laporan pada 14 Januari lalu daripada seorang wanita iaitu pengurus kedai emas berusia 60 tahun yang melaporkan bahawa terdapat pengeluaran wang dari akaun simpanan bank miliknya tanpa pengetahuan berjumlah RM850,000.

“Pengadu mengesyaki wang simpanan ini dikeluarkan oleh seorang pengurus bank tempatan di daerah Klang tanpa pengetahuan dan kebenarannya.

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Klang Selatan kemudian membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menipu dan dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan.

“Hasil siasatan mendapati wanita itu pergi ke sebuah bank tempatan di daerah ini pada 2 Disember 2020 dan berurusan dengan seorang pengurus bank bagi menyertai satu skim pelaburan yang ditawarkan berjumlah RM130,000 yang mana pengadu mempercayai suspek untuk mengurus akaun bank miliknya dengan menyerahkan buku akaun bank bagi tujuan pelaburan yang ditawarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Hoong Fong berkata, sejak tarikh berkenaan (2 Disember 2020) pengadu tidak mengetahui terdapat pengeluaran wang dari akaunnya sehingga pada 14 Januari lalu, dia ke bank berkenaan bagi membuat semakan dan mendapati sejumlah wang sudah dikeluarkan dari akaunnya.

Katanya, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dengan mendapat arahan tuduh suspek mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

“Empat pertuduhan dikenakan ke atas suspek berkaitan kes ini yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

“Setakat ini, IPD Klang Selatan sudah menerima sejumlah 47 laporan polis membabitkan kerugian melebihi RM14 juta dan kesemua laporan membabitkan suspek kes sama yang mana mangsa adalah pelanggan bank berkenaan,” katanya. BH

Pengurus bank tipu pelaburan guna wang simpanan pelanggan didakwa hari ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker