Katak-katak politik Bersatu yakin menang PRU-15

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli parlimen yang lompat parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bersedia untuk bertan­ding lagi pada PRU15 malah mereka yakin menang berdasarkan khidmat ditaburkan berbanding parti diwakili.

Menurut laporan Utusan Malaysia Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, beliau akan bertanding di parlimen sama sekiranya diberi peluang kerana gerak kerja tidak pernah terputus sehingga hari ini.

“Saya bersedia untuk ber­tanding. Saya sudah maklumkan kepada parti, namun belum ada keputusan lagi.



“Pada saya, tiada masalah jika ingin bertanding sekali lagi di Bagan Serai kerana khidmat saya masih berterusan sehingga kini. Baik dari segi kecemasan, kebajikan, kesihatan dan sebagainya, saya masih buat macam biasa,” katanya ketika dihubu­ngi, semalam.

Noor Azmi yang kini menyertai Bersatu adalah ahli parlimen pertama lompat parti sebaik Barisan Nasional (BN) tewas pada PRU14.

Ia diikuti beberapa ahl-ahli parlimen lain sehingga menjadikan jumlah semua ahli parlimen lompat parti selepas PRU14 seramai 39 orang.

Ditanya penerimaan rakyat terhadapnya, Noor Azmi berkata, tindakannya itu tidak menjadi masalah kerana rakyat lebih melihat kepada khidmat yang diberikan.



“Setakat ini kesemuanya positif, kalau kita tengok luaran, body language mereka nampak okay, tapi benak hati mereka, kita tidak tahulah.

“Waktu undian nanti baru kita akan tahu, “ ujarnya.

KEKAL

Sementara itu, Datuk Rosol Wahid turut berkata, beliau juga berhasrat untuk kekal bertanding di parlimen Hulu Terengganu jika diberi peluang.

“Sebab masyarakat sekarang lebih melihat kepada khidmat, bukan parti. Mereka nak lihat kepada orang yang boleh buat kerja. Itu lebih penting,” katanya.



Malah kata Rosol, mengikut perkiraan pada PRU15, UMNO boleh dikalahkan jika undian Pas dan Bersatu dicampur.

“Ia akan menjadikan jumlah keseluruhan untuk Perikatan Nasional (PN) lebih 28,000, berbanding UMNO kira-kira 26,000. Di situlah kekuatannya,” kata Rosol yang kini mewakili Bersatu.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan berkata, seramai 39 ahli Parlimen lompat parti sejak berakhirnya PRU14 dan tindakan itu menunjukkan amalan demokrasi negara kini tidak sihat dan membimbangkan.-

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf



Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker