Bola ‘Tangan Tuhan’ Maradona dilelong RM13.14 juta

Bola ‘Tangan Tuhan’ Maradona dilelong RM13.14 juta

London: Bola yang terkena kaki dan tangan pada ketika Diego Maradona mengejutkan dunia dengan aksi hebat di Piala Dunia Mexico 1986, 36 tahun lalu, akan dilelong dijangka pada harga 2.5 juta pounds (RM13.14 juta).

Bola itu digunakan di suku akhir perlawanan antara Argentina dan England, apabila Maradona menjaringkan gol selepas enam minit babak kedua dengan menumbuk bola menewaskan penjaga gol England, Peter Shilton yang dikatakan sebagai ‘Tangan Tuhan’.

Empat minit kemudian, dia menggelecek bola dari kawasan sendiri melepasi beberapa pemain England untuk menjaringkan gol kedua yang dianggap antara jaringan tercantik dalam sejarah Piala Dunia.

Bola itu dijual oleh pengadil dari Tunisia, Ali Bin Nasser, yang bertugas pada perlawanan itu.

“Bola itu adalah sebahagian daripada sejarah bola sepak antarabangsa – rasanya ini adalah masa tepat untuk berkongsi dengan seluruh dunia,” kata Nasser.

“Saya harap pembeli akan meletakkannya sebagai pameran atau berkongsi dengan orang ramai dengan cara sendiri.”

Lelongan itu akan dikendalikan Graham Budd pada 16 November dengan pembida boleh mendaftar mulai 28 Oktober.

Sebelum ini, jersi dipakai Maradona pada perlawanan itu dijual pada harga 7.14 juta pounds (RM37.53 juta) pada awal tahun ini.

Maradona yang dianggap antara pemain bola sepak terbaik dunia sepanjang zaman meninggal dunia pada November 2020 pada usia 60 tahun. HM

Bola ‘Tangan Tuhan’ Maradona dilelong RM13.14 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker