2,000 wanita tunggu masa jadi janda di Jabatan Agama
JAKARTA – Seramai 2,000 orang wanita di daerah Bojonegoro, Jawa Timur akan bergelar janda selepas memohon tuntutan cerai kepada Jabatan Agama Islam (PA) setakat awal bulan ini, lapor laman berita iNews.id hari ini.
Berdasarkan rekod yang dicatat oleh PA Bojenogoro, terdapat 2,300 kes tuntutan cerai daripada pihak isteri bermula Januari hingga Oktober tahun ini.
Alasan paling banyak diberikan adalah tidak tahan dengan ketagihan suami yang kemaruk bermain judi online.
Menurut Ketua Panitera PA Bojonegoro, Sholikin Jamik, kebanyakan isteri sudah putus asa dan muak dengan perangai suami yang tidak dapat meninggalkan tabiat berjudi online.
“Daripada 2,300 kes, hanya 300 sahaja cerai talak iaitu dilafazkan oleh suami. Selebihnya adalah cerai fasakh iaitu perceraian yang dituntut oleh pihak isteri.
“Mereka lebih rela menjanda daripada terus hidup bersama penagih judi online,” kata Sholikin.
Menurutnya, dalam sehari terdapat berpuluh-puluh sidang perceraian diadakan di jabatan tersebut.
Jelasnya, daripada ribuan kes penceraian itu, wujud fenomena baharu iaitu si isteri menuntut cerai kerana suaminya ketagih judi online. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya malu untuk ceroboh kawasan lain – Khairy
- Selepas Istana Selangor dedahkan, MB Selangor akhirnya akui tidak pernah mohon untuk bubar DUN
- Kedai Shuib dirempuh kereta, mungkin pemandu ingat drive thru
- Ekonomi global dalam bahaya – Bank Dunia
- Pertemuan terakhir PAS dan UMNO pada 12 Oktober
- Hadi mula menyerang UMNO
- Bubar DUN semua negeri PH – Ramkarpal
- STF sahkan ada campur tangan pelantikan hakim zaman PH
- Populariti Najib jadi ‘X factor’ dalam PRU15
- Ahli Parlimen UMNO yang khianat parti kini susah hati kerana akan gagal pertahankan kerusi dalam PRU-15
- Bekas Pelajar DDNK Pula Cerita Pengalaman Tak Best Sertai Kelas Saham
- Baby Shima Sindir PU & Ustazah ‘Online’ Pasal Kes Amang Seksual
- PH muktamad tiada kerjasama dengan GTA, PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau
You must be logged in to post a comment.