Mesyuarat khas Pas bincang hubungan dengan UMNO, bubar DUN

#PRU15

Mesyuarat khas Pas bincang hubungan dengan UMNO, bubar DUN

Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), hubungan dengan UMNO dan hala tuju Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) antara agenda yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi Pas pada Khamis.

Ketua Penerangannya, Khairil Nizam Khirudin berkata, mesyuarat kali ini penting dalam menentukan hala tuju dan gerak kerja parti itu selepas ini.

“Agenda (hari ini), kita akan tentukan pergerakan selepas ini untuk menghadapi PRU15.

“Insya-ALLAH, ada dibincangkan sekali berkaitan pembubaran DUN, cuma kita akan bagi kenyataan secara bertulis. Apa yang penting, pergerakan kita untuk PRU15 nanti dan hala tuju.

“Maksudnya, macam mana kita nak bergerak, sama ada kita nak bersama Perikatan Nasional (PN) atau dengan UMNO,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut di sini pada Khamis.

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang turut serta dalam mesyuarat itu berkata, pembubaran DUN melibatkan tiga negeri di bawah Pas iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah adalah antara agenda penting dalam mesyuarat itu.

“Kita juga bincang tentang hubungan dengan UMNO, dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kita tak ada masalah,” jelasnya. Sinar

Mesyuarat khas Pas bincang hubungan dengan UMNO, bubar DUN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker