Lelaki mengaku raba anak jiran dipenjara 4 tahun

Lelaki mengaku raba anak jiran dipenjara 4 tahun

MELAKA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan meraba paha anak perempuan jirannya, awal bulan ini.

Mohd Saperi Sapar, 48, dijatuhi hukuman itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail



Mahkamah menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 9 Oktober lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 12 tahun dengan meraba pahanya di sebuah rumah di Paya Luboh, Tangga Batu, di sini, pada 2 Oktober lalu, kira-kira jam 11 malam.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pengadu dalam kes itu adalah ibu kandung mangsa berusia 38 tahun.



Pada 3 Oktober lalu kira-kira jam 7 malam ketika pengadu berada di rumahnya, mangsa memberitahu dia diraba di bahagian paha oleh tertuduh ketika tidur di ruang tamu bersama dua adiknya.

Ia adalah kejadian kedua dengan sebelum ini pengadu tidak membuat laporan polis kerana mahu memberi amaran kepada tertuduh.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon dikenakan hukuman ringan, bagaimanapun pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh. BH

Lelaki mengaku raba anak jiran dipenjara 4 tahun




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf



Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker