100 anggota polis sujud mohon maaf

100 anggota polis sujud mohon maaf

Surabaya: Kira-kira 100 anggota Polis Kota Malang dipimpin Ketuanya, Budi Hermanto secara spontan bersujud beramai-ramai bagi meminta maaf susulan tragedi berdarah di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, baru-baru ini.

Tindakan itu dilakukan ketika rutin perhimpunan taklimat pagi di dataran Markas Kepolisian Resor Malang Kota, pada Isnin lalu,



Kompas melaporkan, Budi Hermanto mengatakan tindakan bersujud itu juga untuk memohon ampun kepada Tuhan Yang Maha Esa.

“Kami mendoakan kesejahteraan saudara kita yang terkorban dalam mangsa tragedi Kanjuruhan. Semoga keluarga yang ditinggalkan pula diberi ketabahan dan kita sama-sama memohon keampunan kepada Allah SWT supaya kejadian ini tidak berulang,” kata pegawai kanan polis yang dikenali sebagai Buher itu.

Pada 1 Oktober lalu, pertembungan ‘derby Jawa Timur’ antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur bertukar menjadi tragedi berdarah apabila sekurang-kurangnya 125 orang termasuk kanak-kanak terkorban dalam insiden rusuhan penyokong selepas perlawanan.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Masyarakat Polis Kota Malang, Eko Novianto menjelaskan tindakan memohon maaf dan mendoakan bersama untuk mangsa tragedi Kanjuruhan itu dilakukan secara spontan.



Menurutnya, terdapat kira-kira 100 anggota Polis Kota Malang menyertai sujud beramai-ramai pada perhimpunan pagi itu. HM

100 anggota polis sujud mohon maaf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN



Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker