PRU15 takkan serentak Deepavali – Saravanan

PRU15 takkan serentak Deepavali – Saravanan

Menteri Sumber Manusia, M Saravanan menepis kritikan seorang Ahli Parlimen pembangkang berhubung pembubaran Parlimen dengan berkata, pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak akan diadakan semasa sambutan Deepavali.

Beliau menyifatkan pembangkang bersikap dramatik dengan mendakwa keputusan membubarkan Parlimen tidak sensitif kepada penganut Hindu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), katanya, hanya akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tarikh PRU15 pada 20 Okt.

“Ketika ia (pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU15) diumumkan, pembangkang berkata ‘oh ia (hari mengundi) akan jatuh pada Deepavali’.

“Tetapi SPR bermesyuarat pada 20 Okt, Deepavali pada 24 Okt. Ini bermakna PRU15 tidak akan diadakan semasa sambutan Deepavali,” katanya di luar sebuah majlis di sini.

Saravanan berkata, selepas mesyuarat SPR, penamaan calon mungkin diadakan dua minggu dari 20 Okt, dengan hari mengundi mungkin ditetapkan 14 hari kemudian.

Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago membidas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob kerana membubarkan Parlimen pada Isnin lalu untuk memberi laluan kepada PRU15.

Katanya, ia tidak sensitif dan tidak adil kepada masyarakat Hindu untuk mengadakan PRU15 di seluruh negara serentak dengan sambutan Deepavali. FMT

PRU15 takkan serentak Deepavali – Saravanan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker