Begitu indahnya rupa dan sikap Rasulullah s.a.w.

Begitu indahnya rupa dan sikap Rasulullah s.a.w.

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w. suri teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang-orang yang mengharap rahmat Allah, dan kedatangan hari Kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.” Surah al-Ahzab: 21

Siapa yang tidak mengenali Muhammad bin Abdullah. Segala yang indah ada padanya. Bentuk fizikalnya memukau pandangan mata sesiapa sahaja. Seorang penyair Farsi telah mengungkapkan di dalam syairnya bahawa,



“Semua ketampanan dan keindahan yang dimiliki oleh pelbagai nabi dan rasul terdahulu, adalah terzahir pada rasul yang terakhir. Wajahnya bak bulan purnama yang memancarkan cahaya di waktu malam gelita.”

Sahabat Baginda, Jabir r.a juga pernah berkata,

“Pernah sekali ketika bulan bersinar di waktu malam yang pekat, aku telah membandingkan wajah mulia Baginda dengan bulan tersebut. Aku dapati wajah Baginda lebih indah, cantik dan bersinar daripada sinaran bulan.”

Begitulah perumpamaan indahnya bentuk fizikal yang ada pada Baginda s.a.w. Bukan sahaja tubuh, tetapi akhlaknya begitu cukup sempurna. Berkata Aisyah r.ha saat ditanya oleh Hisyam bin Amir tentang akhlak Baginda. Kata Aisyah,



“Akhlak yang ada pada Baginda adalah akhlak al-Quran.” (HR Muslim)

Malah di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyebutkan jaminan tentang akhlak dan peribadi Rasulullah yang tetap dipelihara antaranya dalam surah an-Najm ayat 3, 11, dan 17 Allah berfirman,

“Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri”

“Hatinya tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya”



“Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya) dan tidak pula melampaui batas”

Oleh itu sebagai seorang Muslim, wajib kita beriman kepada Baginda s.a.w. kerana ia termasuk dalam rukun iman yang wajib diikuti. Apa yang dikatakan dengan beriman, bukan sahaja mengakui kebenaran yang dibawa oleh Baginda, tetapi mestilah melaksanakan setiap apa yang disuruh, kerana itu merupakan sunnah.

Bersabda Baginda s.a.w

“Barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, ia bukan dari kalangan umatku.” (HR Ahmad bin Hambal)



Hadis ini telah dikuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah ali-Imran: 31,

“Katakanlah, jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah), nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Sunnah harus diikut tapi..

Melalui dalil keterangan di atas, kita sedia maklum bahawa, mengikut segala sunnah nabi adalah perkara yang sangat dituntut. Apatah lagi, sebagai seorang yang mengaku cinta kepada Baginda s.a.w. Oleh itu sesiapa yang tidak mengikut kepada sunah, maka dia tidak akan tergolong dalam kalangan umat Muhammmad.



Walau bagaimanapun, bukanlah semua yang dikatakan sunnah itu perlu dituruti sepenuhnya. Terdapat bahagian-bahagian sunah yang boleh ditinggalkan atau tidak dituruti. Kelonggaran ini diberikan sebagai menunjukkan bahawa, Baginda s.a.w. bukanlah seorang nabi dan pemimpin yang bersifat diktator.

Dalam merungkai konteks sunnah, para Muhaddisin telah membahagikannya kepada beberapa bahagian iaitu, wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Sunnah yang wajib untuk dilakukan seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan lain-lain. Manakala yang berbentuk sunat jika dibuat menambah pahala, dan ditinggalkan tidak berdosa, seperti solat sunat, puasa sunat, menuntut ilmu dan sebagainya.

Bagi yang harus untuk diikuti pula, ialah seperti cara nabi makan minum, tidur, melayan isteri, berpakaian, akhlaknya bersama masyarakat dan sebagainya. Selain itu terdapat juga sunnah yang makruh untuk dilakukan, iaitu perbuatan yang dilarang tetapi tidak membawa kepada hukum yang haram. Contohnya memakan benda yang berbau seperti durian atau petai, dan membawa ke dalam masjid untuk bersolat.

Makanan ini tidaklah salah untuk dimakan, akan tetapi, nabi melarangnya kerana ia mendatang ketidakselesaan kepada jamaah yang lain. Dan yang akhir ialah haram iaitu semua perbuatan yang boleh Baginda s.a.w. atau nabi lakukan tetapi umatnya ditegah sama sekali, seperti berpoligami lebih dari empat orang isteri.



Oleh itu sebelum kita mengikuti atau melakukan sesuatu sunnah Baginda s.a.w. wajarlah kita mempunyai dan menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang sunnah Baginda s.a.w. agar kita jelas yang mana harus diikut dan yang mana perlu ditinggal.

Seeloknya janganlah jadi orang yang jahil hanya mengikut sesuatu sunnah tanpa ilmu sehingga ada kalanya perbuatan tersebut sebenarnya bukanlah sunnah tetapi bid’ah. Malah lebih teruk lagi jika kita menjadi hakim menghukum pula seseorang yang tidak melakukan sunnah sebagai seorang yang sesat dan tidak cinta kepada Rasulullah s.a.w. Wallahu a’lam Utv

Begitu indahnya rupa dan sikap Rasulullah s.a.w.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker