Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata sulung, Muhammad Bilal melalui perkongsian foto dan video di Instagram (IG), malam tadi.

Melalui entri dimuat naik kira-kira 30 minit tadi, Neelofa berkongsi detik awal kelahiran Bilal, hasil perkongsian hidup dengan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail, lalu pantas menarik perhatian pengikut.

Peminat sudah lama menanti detik Neelofa mendedahkan wajah Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu. Foto IG Neelofa
Peminat sudah lama menanti detik Neelofa mendedahkan wajah Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu. Foto IG Neelofa

Melalui entri itu, Neelofa turut melayangkan kata-kata penuh emosi atas kelahiran Bilal yang menjadi penyeri rumah tangganya dengan Haris.

Neelofa meluahkan:

“Antara kecintaan tertinggi dan teragung ummi di dalam hidup ini.

“Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cintakan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil.

“Bilal anak ummi sayang, Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna.

“Jika kekayaan yang nak dibandingkan, maka, kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah

“Jika keselesaan yang ditaruhkan, tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu.

“Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku. Syukur yang tiada penghujung padaMu, ya Allah.

“Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam,” katanya.

Dalam tempoh 30 minit, hantaran itu mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada pengikut Neelofa.

Pada akhir coretan, Neelofa turut mengucapkan terima kasih kepada Allah yang menzahirkan Bilal kepada dirinya dan suami.

“Semoga Afiyyah sentiasa untuknya. Semoga fakih dia dalam agama,” katanya.

Semalam, Neelofa dilapor meluahkan rasa terkilan atas tindakan individu yang didakwa menyebarkan wajah Bilal melalui aplikasi TikTok.

Neelofa menyifatkan perbuatan individu terbabit sebagai tindakan yang tidak menghormati dirinya yang juga ibu kepada Bilal.

Neelofa mengakui perbuatan itu menyinggung perasaannya apabila keputusan memperkenalkan Bilal pada waktu yang sesuai, tidak dihormati sesetengah pihak.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari lalu. BH

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker