Air pasang besar jejaskan beberapa kawasan di Kuala Kedah

Air pasang besar jejaskan beberapa kawasan di Kuala Kedah

ALOR SETAR: Fenomena air pasang besar yang melanda Kuala Kedah pada hari kedua hari ini mencatatkan paras bacaan air laut setinggi 2.93 meter berbanding semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, bacaan paras air laut itu melepasi ramalan iaitu 2.90 meter dan meningkat berbanding semalam iaitu 2.92 meter.

Beliau berkata, terdapat kenaikan paras air di Pasar Kota Nelayan, Terminal Feri Kuala Kedah kesan dari air pasang berkenaan.

“Kita dapati ada limpahan air di Taman Seri Putra namun tidak memasuki kediaman penduduk. Selain itu, terdapat beberapa rumah di sepanjang Jalan Tok Pasai turut dimasuki air tetapi surut tidak lama kemudian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norlizawati berkata, anggota APM turut melakukan pemantauan di sekitar kawasan Terminal Feri Kuala Kedah, Taman Seri Putra, Pasar Kota Marina dan Kampung Tepi Laut.

Beliau berkata, pemantauan dilakukan bermula jam 1.40 pagi hingga 2.45 pagi tadi, namun tiada kenaikan air di Kampung Tepi Laut,” katanya.

Dalam pada itu, Norlizawati berkata, pihaknya turut melakukan pemantauan di sekitar kawasan berisiko banjir di sekitar kawasan sungai daerah Kota Setar.

Beliau berkata, hasil pemantauan mendapati, paras air di lokasi di sungai terbabit menunjukkan penurunan. BH

Air pasang besar jejaskan beberapa kawasan di Kuala Kedah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker