Zahid dakwa PH tamak kuasa enggan bubar DUN serentak Parlimen
PH tamak kuasa enggan bubar DUN serentak Parlimen
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Pakatan Harapan (PH) ‘tamak kuasa’ susulan enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam negeri ditadbir gabungan itu.
Beliau juga mendakwa, PH enggan menyerahkan hak dan mandat kembali kepada rakyat kerana dikatakan bimbang tidak dapat kekal sebagai kerajaan.
“(Mereka) sanggup menyebabkan pembaziran untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN) secara berasingan gara-gara khuatir akan kehilangan kuasa.
“Barisan Nasional (BN) jika tamak kuasa seperti mereka boleh tidak membenarkan negeri yang ditadbirnya tidak membubarkan DUN, namun bukan itu tujuan politik BN,” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya.
Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menggesa kerajaan negeri membubarkan DUN masing-masing serentak pembubaran Parlimen.
Bagaimanapun, katanya, DUN di Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor tidak perlu dibubarkan.
Dalam pada itu, Zahid berkata, musuh BN juga dilihat sedang memainkan propaganda gabungan itu tamak kuasa apabila meminta pilihan raya umum Ke-15 (PRU15) diadakan.
“Pilihan raya umum, kecil mahu pun negeri adalah sebuah proses demokrasi melalui peti undi yang boleh disertai mana-mana parti politik atau individu yang layak.
“PRU15 bukan ‘upacara’ menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada BN tanpa ada pertandingan, sebaliknya sebuah proses undian rakyat yang menentukan,” katanya.
Tambahnya, alasan risiko ‘banjir besar’ juga sudah tidak lagi relevan sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRU15 berlangsung sebelum pertengahan Nov.
Pada 5 Okt, PH mengumumkan DUN di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak akan dibubarkan kerana ia akan memfokuskan kebajikan rakyat, termasuk membuat persiapan bagi menghadapi banjir. FMT
PH tamak kuasa enggan bubar DUN serentak Parlimen
Baca Artikel Menarik:
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- Adakah 12 menteri PN sudah tak sokong Ismail Sabri?
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas
- Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET