Perang dengan China bukan satu pilihan – Presiden Taiwan
TAIPEI – Presiden Tsai Ing-wen menegaskan bahawa perang dengan China ‘ternyata bukan satu pilihan’ ketika menyatakan kesediaan untuk berunding dengan Beijing serta berikrar meningkatkan pertahanan Taiwan termasuk sistem peluru berpandunya, lapor laman berita Euronews kelmarin.
Taiwan yang dianggap China sebagai wilayah miliknya, menerima tekanan ketenteraan dan politik daripada Beijing terutamanya selepas menerima kunjungan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi awal Ogos lalu.
Ing-wen ketika ucapan hari kebangsaan di luar pejabat Presiden berkata, Taiwan berasa kesal kerana China meningkatkan ancaman dan ugutan terhadap keamanan serta kestabilan di Selat Taiwan.
Menurut beliau, China tidak seharusnya menyangka bahawa terdapat ruang berkompromi melibatkan komitmen Taiwan dalam isu demokrasi dan kebebasan.
“Saya ingin menjelaskan kepada Beijing bahawa konfrontasi bersenjata ternyata bukan satu pilihan bagi kedua-dua pihak (China dan Taiwan).
“Hanya dengan menghormati komitmen penduduk Taiwan terhadap kedaulatan, demokrasi dan kebebasan kami, barulah kita boleh mewujudkan interaksi yang membina di Selat Taiwan,” kata Ing-wen.
Sementara itu, Ing-wen turut mengukuhkan pertahanan Taiwan sebagai asas pentadbirannya termasuk meningkatkan program modenisasi ketenteraan.
“Taiwan akan tunjukkan kepada dunia bahawa ia bertanggungjawab terhadap pertahanannya.
“Kami meningkatkan pengeluaran besar-besaran bagi peluru berpandu tepat dan kapal tentera laut berprestasi tinggi serta berusaha mendapatkan bekalan senjata kecil dan mudah alih bagi memastikan Taiwan bersedia sepenuhnya untuk bertindak balas terhadap ancaman luar,” tegas Ing-wen. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kata kerajaan pintu belakang, tapi tak mahu PRU
- Mahathir akan pertahan Parlimen Langkawi
- IMF, Bank Dunia ulangi amaran kemelesetan global tahun depan
- Wanita Indonesia mati tertembak lebih 100 peluru di Texas
- Gelombang keyakinan terhadap UMNO-BN kian ketara – Razlan Rafii
- Pembiayaan ASB/-i, Maybank bantu Bumiputera melabur
- PRU15: PAS, Umno dijangka bertembung di 27 kerusi
- Muhyiddin ‘poster boy’ PN untuk PRU15
- Nizar diramal jadi calon di Pekan
- Ini semua salah lanun bola – TMJ
- Campur tangan lantikan hakim, wajarkah Mahathir disiasat?
- Pakat keluar parti, Bersatu tiada masa depan
- Lelaki maut ikut GPS pandu kereta lintas jambatan rosak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]
Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun
You must be logged in to post a comment.