Nyawa pelancong melayang kerana jambatan kaca pecah

Jambatan kaca The Geong di Hutan Pinus Limpakuwus, daerah Banyumas pecah, menyebabkan dua pelancong terjatuh dan salah seorang daripada mereka terbunuh, lapor laman berita Suara.com.

Pelancong wanita dikenali sebagai AI, 41, itu mengalami kecederaan, manakala seorang lagi mangsa, FA, 49, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Ketua Polis Banyumas, Edy Suranta Sitepu berkata, kedua-dua mereka menggunakan jambatan itu sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan) semalam.

Ketika kejadian, empat pelancong dalam kumpulan itu terjatuh kerana terdapat kepingan kaca yang pecah apabila dipijak.

“Apabila kaca pecah, dua mangsa berjaya berpegang dan menyelamatkan diri, manakala dua daripada mereka terjatuh,” kata Edy.

Polis kini masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu dengan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) diambil bagi membantu siasatan. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker