Bajet 2023 bukan manifesto atau perkara sia-sia – Khairy
Bajet 2023 bukan manifesto atau perkara sia-sia – Khairy
Bajet 2023 yang dibentangkan Jumaat lalu bukan satu manifesto, juga perkara yang sia-sia, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Sebaliknya beliau berkata ia adalah satu komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mana ia akan dibawa semula ke Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-15. (PRU15).
“Saya tidak anggap ia sia-sia sebaliknya ia apa yang akan dibawa semula ke Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum nanti sekiranya mandat diberikan semula kepada Datuk Seri Ismail Sabri
“Jadi rakyat tahu bahawa inilah yang akan dibawa semula oleh Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri bagi Barisan Nasional (BN) sekiranya mendapat mandat daripada rakyat
“Semua yang ada dalam pembentangan Menteri Kewangan itu adalah perbelanjaan yang sudah diperuntukkan. Ia bukan manifesto berdasarkan janji-janji yang tidak diperuntukkan, itu beza antara belanjawan dan manifesto,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seminar Pengurusan Bencana dan Pelancaran Buku ‘An Overview of Disaster Life Support In Disaster Management di sini hari ini.
Hari ini, Perikatan Nasional (PN) menyifatkan pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober lalu hanya sia-sia apabila Parlimen dibubarkan sebelum ia diluluskan.
Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ia juga membazir sumber tenaga dan masa anggota perkhidmatan awam yang telah berhempas-pulas mengerah fikrah dan tenaga bagi menyediakan bajet itu.
Jelas Khairy, manifesto adalah janji yang kita tak tahu hendak cari duit (peruntukan) itu dari mana ataupun tidak tahu sama ada hendak laksanakan ataupun tidak.
“Kita tak pasti yang menang itu akan laksanakan apa yang dijanjikan, itu manifesto.
“Belanjawan adalah benda yang sudah diperuntukkan, maksudnya bila kita kata bahawa untuk kementerian A, dia akan dapat RM30 bilion sebagai contoh, ia sudah diperuntukkan dan ada, dah buat unjuran dan akan disalurkan kepada kementerian terbabit
“Siapa-siapa pun boleh cakap pasal manifesto, tapi belanjawan itu berbeza,” katanya.
Pada Bajet 2023, kerajaan memperuntukkan RM36.1 bilion kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan, peningkatan terbesar antara kementerian berbanding RM32.4 bilion pada 2022. BH
Bajet 2023 bukan manifesto atau perkara sia-sia – Khairy
Baca Artikel Menarik:
- Kata kerajaan pintu belakang, tapi tak mahu PRU
- Mahathir akan pertahan Parlimen Langkawi
- IMF, Bank Dunia ulangi amaran kemelesetan global tahun depan
- Wanita Indonesia mati tertembak lebih 100 peluru di Texas
- Gelombang keyakinan terhadap UMNO-BN kian ketara – Razlan Rafii
- Pembiayaan ASB/-i, Maybank bantu Bumiputera melabur
- PRU15: PAS, Umno dijangka bertembung di 27 kerusi
- Muhyiddin ‘poster boy’ PN untuk PRU15
- Nizar diramal jadi calon di Pekan
- Ini semua salah lanun bola – TMJ
- Campur tangan lantikan hakim, wajarkah Mahathir disiasat?
- Pakat keluar parti, Bersatu tiada masa depan
- Lelaki maut ikut GPS pandu kereta lintas jambatan rosak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]
Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun
You must be logged in to post a comment.