Rahmad Mega juara Terpaling Juara

Rahmad Mega juara Terpaling Juara

Rahmad Mega muncul juara program Terpaling Juara sekali gus membawa pulang trofi dan wang tunai RM100,000 pada pentas akhir yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam tadi.

Rahmad yang mempersembahkan lagu Ku Akui dan Di Penjara Janji mendapat markah tertinggi daripada juri tetap, Datuk Hattan dan Fauziah Latiff serta juri jemputan Datuk Seri Siti Nurhaliza, manakala 30 peratus hasil undian penonton.



Rahmad berkata, dia sangat bersyukur dan mendedikasikan kemenangan itu kepada kaptennya, Hael Husaini serta peminatnya.

“Syukur Allah atas malam cukup bersejarah. Saya berjaya cipta titik baharu untuk saya. Terima kasih juri-juri sedikit sebanyak bantu saya,” katanya.

Tempat kedua menjadi milik Aqmal yang menyanyikan lagu Sampai Syurga dan Amaran Mama. Dia membawa pulang hadiah trofi serta wang tunai RM50,000.

Tempat ketiga pula dimenangi Hazami yang mempersembahkan lagu Joget Angan Tak Sudah dan Luluh, manakala tempat keempat milik Shaz dengan lagu Hati dan Gelisah Mimpi.



Hazami dan Shaz masing-masing memenangi trofi serta wang tunai RM30,000 dan RM10,000.

Pada pentas akhir itu, penonton juga dihiburkan dengan persembahan daripada Floor 88 dengan lagu medley Chikadun dan Hutang serta Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi lagu Wajah Kekasih, Ku Milikmu dan Balqis.

Terpaling Juara dihoskan Haziq Hussni dan Shiha Zikir, bersiaran selama lapan episod di TV3 pada setiap Ahad, jam 9 malam. HM

Rahmad Mega juara Terpaling Juara




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati



Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker