Usah cemari keharmonian negara dengan berita palsu, provokasi melampau – Ismail

Usah cemari keharmonian negara dengan berita palsu, provokasi melampau – Ismail

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata Keluarga Malaysia menggambarkan keutuhan negara yang terikat dengan nilai didikan sempurna dalam sebuah keluarga dan bersifat inklusif.

Justeru, beliau mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk terus teguh bersama sebagai sebuah keluarga yang kalis cabaran dalam mendepani gelombang dan arus globalisasi.

“Usah dicemari keharmonian dan kedamaian yang dikecapi hari ini dengan berita palsu dan provokasi melampau yang dilakukan oleh segelintir pihak yang cemburu atau mempunyai niat tertentu terutama di media sosial. Idea Keluarga Malaysia yang dicetuskan ini bukanlah sekadar slogan atau retorik semata-mata.

“Lihat sahaja di Negeri Sembilan, pendekatan ini amat sinonim dengan rakyat di negeri ini yang terkenal dengan warisan budaya dan masyarakatnya yang berbilang suku tetapi hidup dalam suasana yang harmoni dan saling bantu-membantu antara satu sama lain,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) peringkat Negeri Sembilan di Dataran Seri Jempol hari ini.

Turut hadir Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin merangkap Menteri Peneraju Jelajah AKM dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Ismail berkata meskipun rakyat di negara ini berbeza kepercayaan, latar belakang dan budaya namun mereka perlu meraikan keterangkuman, kebersamaan serta kesyukuran dalam menjunjung semangat Keluarga Malaysia sebagai sebuah negara bangsa.

Beliau berkata sebagai negara yang memiliki bangsa dan budaya majmuk, sifat tasamuh atau toleransi dalam kalangan rakyat Malaysia juga amat penting sebagai alat dalam menyatupadukan semua pihak.

“Kemakmuran negara dapat dipertahan melalui sifat tasamuh dengan cara menghargai, menghormati dan menerima perbezaan dalam masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika membangunkan kota suci Madinah.

“Sikap yang dituntut dalam Islam ini bukan sahaja membolehkan rakyat terus membangun sehingga dihormati tetapi juga dapat mengelak daripada sebarang perbalahan yang sia-sia,” katanya.

Perdana menteri turut melawat Hospital Futuristik, yang merupakan antara tumpuan pada jelajah kali ini, dan merasmikan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera di Zon Aktif di Dataran Seri Jempol.

Jelajah AKM Negeri Sembilan, yang merupakan siri kesepuluh dan berlangsung tiga hari bermula semalam, menyasarkan 120,000 pengunjung dengan KKM sebagai kementerian peneraju. FMT

Usah cemari keharmonian negara dengan berita palsu, provokasi melampau – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker