PM dijangka buat pengumuman penting esok

PM dijangka buat pengumuman penting esok

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat satu pengumuman penting esok, terdapat spekulasi ia berkaitan pembubaran Parlimen.

Sekiranya Parlimen dibubarkan esok, sembilan bulan sebelum penggalnya tamat, pilihan raya umum kemungkinan diadakan pada minggu pertama Nov, berdasarkan amalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya umum 2013 dan 2018.

Ismail dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini untuk mendapat perkenan baginda bagi membubarkan Parlimen.

Satu sumber peringkat tinggi kerajaan yang dihubungi FMT berkata, beliau tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai pertemuan itu.

Bagaimanapun sumber itu memberitahu,”Saya percaya ada satu pengumuman penting dari perdana menteri esok,”.

Katanya, surat jemputan kepada media berhubung pengumuman itu akan dikeluarkan beberapa jam lagi.

Terdahulu, New Straits Times melaporkan, Ismail menghadap Yang di-Pertuan Agong pada tengah hari ini untuk mendapat perkenan bagi membubarkan Parlimen.

“Parlimen mungkin dibubarkan seawal-awalnya esok,” kata sumber yang dipetik New Straits Times. FMT

PM dijangka buat pengumuman penting esok


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker