Pamungkas gosok telefon kat situ kenapa?

Pamungkas gosok telefon kat situ kenapa?

Jakarta : Aksi tidak senonoh penyanyi, Pamungkas, 29, menggosok telefon bimbit peminat di bahagian kemaluannya dihujani kecaman netizen yang menyifatkannya sebagai jijik.

Insiden itu berlaku ketika Pamungkas atau nama sebenarnya Rizki Rahmahadian Pamungkas tampil beraksi di Bengkel Cafe, di sini, baru-baru ini.



Video berdurasi 15 saat itu tular di media sosial termasuk Twitter dan TikTok. Rata-rata netizen tidak menyenangi hal itu.

Segelintir peminat penyanyi itu sangat kecewa, malah menyatakan tidak lagi mahu mendengar lagu atau karya daripadanya.

“Buat Pamungkas, entah apa yang ada di fikiranmu, sampai gosok-gosok telefon bimbit ke bahagian alat sulitmu. Sumpah jijik sangat,” kata seorang pengguna Twitter.

“Hilang hormat saya kepada kamu Pamungkas. Lagu kamu okey tapi ‘zero attitude’,” kata pengguna Twitter lain.



Menerusi klip tular itu, Pamungkas mengambil telefon bimbit peminat untuk merakam video. Sejurus itu, dia membuat aksi mengejutkan dengan mengangkang kakinya sambil sebelum menggosok telefon itu pada kemaluannya.

Walaupun netizen sudah bising mengenainya, penyanyi terbabit belum tampil dengan sebarang kenyataan menjelaskan apa motif sebenarnya melakukan aksi itu. HM

Pamungkas gosok telefon kat situ kenapa?


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker