Dua pemimpin parti terbesar orang Melayu bakal kembali ke meja rundingan?
Bekas setiausaha agung Umno, Annuar Musa memuji tindakan PAS yang terus mengekalkan hasrat mencari kesepakatan ummah serta pendirian presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi untuk membuka pintu rundingan.
Annuar berkata, tindakan dua pemimpin parti politik Melayu ini dilihat bersungguh-sungguh mahukan penyatuan ummah dapat dijayakan.
“Tindakan PAS terus mengekalkan hasrat mencari kesepakatan patut dipuji.
“Ia menepati maksud dan panduan syariah dalam mencari kebaikan dan menolak kemudaratan yang lebih besar.
“Ia terus membuka pintu perundingan dan perbincangan. Begitu juga Umno, presiden telah membuka kunci permuafakatan, kerana hati kecilnya dan para pemimpin mahukan umat yang bersatu,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
Terdahulu, mesyuarat PAS hari ini tidak membuat sebarang keputusan muktamad berhubung kerjasama Umno dan PAS dalam PRU15.
Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan kekal meneruskan usaha penyatuan ummah melibatkan Umno dan Bersatu.
Abdul Hadi berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berhubung kerjasama dengan Umno, di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, hari ini.
“PAS tetap akan meneruskan usaha penyatuan ummah melibatkan ‘komitmen’ ketiga-tiga parti teras Melayu bagi menghadapi PRU 15,” ujarnya.
Untuk rekod Ahmad Zahid pada 4 Oktober lalu meletakkan tiga syarat kepada PAS jika parti itu ingin menjalinkan kerjasama, iaitu keluar dari Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi berpisah daripada PN dan Bersatu.
Dalam pada itu Annuar berkata, agama Islam sememangnya mahukan umatnya sentiasa bersatu padu dan tidak bercerai berai.
“Kita sememangnya diperintahkan Allah SWT agar berpegang teguh pada tali Allah SWT dan tidak bercerai berai.
“Teruskanlah usaha, kerana di mana ada daya, di situ ada jaya,”katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- Adakah 12 menteri PN sudah tak sokong Ismail Sabri?
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas
- Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.