Saya pun tunggu orang datang meminang – Bekas KP SPRM
Saya pun tunggu orang datang meminang – Bekas KP SPRM
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad membayangkan beliau masih berminat bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) jika ditawarkan berbuat demikian.
Bagaimanapun katanya, sama ada dipilih bertanding atau tidak untuk mana-mana kerusi, kerja-kerja kebajikan yang dimulakannya terhadap penduduk sekitar Tasek Gelugor khususnya sejak awal tahun ini akan diteruskan seperti biasa.
Ditanya sama ada terdapat mana-mana parti politik yang ‘menghampirinya’, kata Dzulkifli, beliau bersedia jika ada pihak yang datang ‘melamarnya’ sebagai calon.
“Saya pun tunggu orang (parti politik) datang ‘meminang’. Apapun, terpulang kepada kehendak rakyat. Kalau ada kemahuan, saya akan wakili mereka dan saya akan pertimbangkan.
“Untuk jawab sekarang (sama ada akan bertanding atau tidak), kita tak tahu pilihan raya bila. Ada kata minggu depan. Ada kata tahun depan. Sebab itu saya tak mahu hilang fokus dalam program untuk membantu rakyat, ia perlu berterusan,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas program pengagihan ayam secara percuma di hadapan pejabatnya di kawasan Pusat Perniagaan Pokok Sena, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Dzulkifli berkata, sebanyak 3,500 ekor ayam diagihkan kepada penduduk setempat dengan sebahagian daripada mereka diberikan kupon untuk memudahkan urusan pengambilan ayam berkenaan.
Katanya, kupon itu diagihkan melalui 32 buah masjid di seluruh Tasek Gelugor manakala mereka yang tidak mempunyai kupon boleh datang terus ke lokasi pengagihan ayam.
“Penerimaan daripada penduduk setempat amat baik kerana program seperti ini dibuat secara berterusan iaitu secara bulanan. Selain itu, pejabat saya turut menyediakan sumbangan berupa bakul makanan kepada penduduk di Tasek Gelugor dan mereka yang ada masalah juga boleh datang ke sini pada bila-bila masa,” katanya.
Tambah beliau, sehingga kini lebih 1,000 bakul makanan telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan di Tasek Gelugor. Utusan
Saya pun tunggu orang datang meminang – Bekas KP SPRM
Baca Artikel Menarik:
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- Adakah 12 menteri PN sudah tak sokong Ismail Sabri?
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas
- Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati
Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip