Bajet 2023: Kerajaan naikkan kadar RMT

Bajet 2023: Kerajaan naikkan kadar RMT

KERAJAAN telah menetapkan untuk menambah kadar bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) buat semua penerima yang akan berkuat kuasa pada bulan ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kadar RMT dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk murid-murid di Semenanjung.

Manakala, jelas beliau, kadar RMT untuk murid-murid di Sabah, Sarawak dan Labuan akan ditambah daripada RM3 kepada RM4.

“Kenaikan kadar ini akan berkuat kuasa pada bulan ini juga. Sejumlah RM777 juta disediakan iaitau peningkatan signifikan berbanding RM280 juta pada 2020.

“Lebih 800,000 murid dan 7,300 pengusaha makanan serta pembekal susu tempatan akan menerima manfaat daripada penambahbaikan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Tengku Zafrul menambah, sejumlah RM2.3 bilion diperuntukkan untuk ruang pembelajaran sekolah yang kondusif dan selamat buat murid-murid dalam Belanjawan 2023.

Katanya, jumlah itu merupakan peningkatan ketara berbanding peruntukan RM1.7 bilion dalam Belanjawan 2022.

Bajet 2023: Kerajaan naikkan kadar RMT


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker