Sultan Selangor titah perbezaan pendapat antara mufti, agamawan hanya dibincang dalam muzakarah
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah supaya sebarang perbezaan pendapat antara mufti dan agamawan hanya dibincangkan di dalam muzakarah dan tidak dibawa keluar dari ruang perbincangan itu.
Sultan Sharafuddin menasihati agar perbalahan yang terjadi antara ulama-ulama tersebut tidak seharusnya menjadi tontonan orang awam kerana perkara berkenaan hanya akan merendahkan kewibawaan golongan itu sendiri.
“Beta menasihatkan para mufti yang berada di dalam dewan ini untuk sentiasa menghindarkan diri daripada perbalahan agama di ruang awam, lebih-lebih lagi jika isu yang berbangkit telah kita putuskan secara bersama dalam ruang muzakarah.
“Sebab itulah, sepanjang 2022, satu daripada isu yang membangkitkan rasa dukacita beta ialah perbalahan tentang keputusan muzakarah bagi Tarekat Naqsyabandi al-Aliyyah pimpinan Sheikh Nazim al- Haqqani,” titah baginda pada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) di sini hari ini.
Sultan Sharafuddin yang juga Pengerusi MKI bertitah isu tersebut tidak sepatutnya dipanjangkan lagi kerana telah diputuskan secara konsensus oleh para mufti dan ahli muzakarah yang hadir pada 2020 di Kuantan, Pahang yang memutuskan selepas kajian semula, tarekat itu boleh diamalkan oleh pengikutnya.
Sultan Selangor juga bertitah agar Jawatankuasa Muzakarah merangka peraturan dan adab perbezaan pendapat antara ahli-ahli Jawatankuasa Muzakarah.
“Sekiranya ada mufti atau ahli yang memilih pendapat yang tidak mengharuskan sesebuah amalan yang terjadi khilaf dalam kalangan ulama terdahulu, setidak-tidaknya perlu ada Adabul Ikhtilaf, sikap ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ dan beradab dalam berbeza pendapat,” titah baginda.
Baginda bertitah sebarang kenyataan berhubung keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah MKI hanya boleh dibuat oleh Pengerusi Muzakarah bagi menjamin integriti dan kepercayaan rakyat terhadap Jawatankuasa Muzakarah MKI.
“Tiada pihak lain termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh membuat kenyataan berkenaan.
“Ini penting untuk memastikan agar keputusan muzakarah di peringkat kebangsaan dan fatwa di peringkat negeri tidak dipengaruhi unsur-unsur politik kepartian. Jakim hanya bertindak sebagai urus setia Jawatankuasa Muzakarah MKI,” titah baginda.
Sultan Sharafuddin juga menegaskan bahawa apa-apa keputusan muzakarah yang dikeluarkan hendaklah juga mengambil kira hak-hak dan kepentingan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam seperti yang dijamin secara sah di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Ajaran Islam sebagai agama yang murni dan memberi rahmat kepada semua termasuklah yang bukan Islam hendaklah sentiasa ditonjolkan,” titah baginda.
BERNAMA
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS Terengganu buat pusingan U, mahu suburkan kembali MN
- Ahli perniagaan diculik di Ampang dipercayai akibat hutang [VIDEO]
- Firdaus Wong terima gambar, tangkap layar lucah dari Akhi Fairuz
- Pemimpin DAP berbalah, Guan Eng ‘sound’ Ronnie Liu
- Datuk Bandar Shah Alam ditahan kes tender tebatan banjir: SPRM
- PAS bersedia hadapi PRU tanpa BN-UMNO
- Pensyarah ’lucah’ dipecat, doa saya termakbul – bekas siswi
- PM ‘caretaker’ BN gusarkan PH
- InsyaAllah PRU sebelum banjir – Zahid
- Pengantin perempuan dirasuk ketika bersanding (Video)
- PAS dengan BN kata lain, dengan PN kata lain
- Bintang filem lucah UK takut mahu berlakon ekoran penularan penyakit sifilis di Eropah
- Ejen kosmetik diculik berjaya diselamatkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee