Ismail Sabri perlu kerajaan yang kuat dan stabil untuk hadapi krisis ekonomi tahun hadapan

KUALA LUMPUR: Kerajaan campuran ketika ini menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dihormati, malah diserang dan cuba dilemahkan anggota pentadbiran parti lain.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berkata, Barisan Nasional (BN) yakin rakyat akan memberi sokongan kuat kepada gabungan itu untuk kembali membentuk kerajaan dominan kerana pernah membuktikan kemampuan dalam menguruskan ekonomi negara.

Sehubungan itu, kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) amat penting diadakan sekarang kerana negara sedang kesuntukan masa bagi berdepan kemelesetan ekonomi global yang diramalkan tahun depan.

“Malaysia amat memerlukan sebuah kerajaan stabil dan kukuh yang mampu bergerak sehaluan dalam mengatur langkah serta strategi berkesan untuk melindungi Malaysia daripada impak buruknya.

Sejarah Malaysia sesudah PRU14 berakhir pada 9 Mei 2018 membuktikan tiada gabungan politik selain BN memilki kemampuan tersebut.

“Malaysia telah melalui pengalaman yang amat memeritkan sepanjang berkerajaan gagal selama 22 bulan dibawah Pakatan Harapan (PH) dan 17 bulan dibawah Perikatan Nasional (PN).

Negara dibawah pentadbiran PH memiliki sebuah kerajaan cacamarba, tidak tersusun dan lebih mengutamakan agenda politik berbanding kepentingan rakyat dan negara.

“Pentadbiran negara jadi bersimpang-siur dengan setiap parti politik dalam kerajaan mentadbir portfolio Kabinet masing-masing mengikut agenda dan fahaman sendiri.

Negara dibawah pentadbiran kerajaan PN disertai sebilangan wakil rakyat BN, namun diketuai pemimpin politik bermuslihat menamatkan lawan politik bagi mengukuhkan kedudukan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Pengerusi BN itu berkata, ramalan kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 2023 bukan direka-reka oleh BN, sebaliknya berdasarkan pelaporan organisasi kewangan dan ekonomi antarabangsa.

Jelas Ahmad Zahid, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tiga bulan lalu mengunjurkan prospek ekonomi global ‘menjadi gelap dengan ketara’ sejak April 2022 dan meramalkan dunia berdepan kemelesetan ekonomi tidak lama lagi.

“Agensi itu malah dikatakan akan menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi global tahun ini buat kali ketiga dan pakar ekonomi IMF dilaporkan mahu memuktamadkan angka baharu.

“Sebuah institut pelaburan terkemuka berpangkalan di Amerika Syarikat pula meramalkan kemelesatan ekonomi dunia mungkin berlaku lebih awal iaitu pada penghujung tahun ini.

“Ini bermaksud hanya berbaki tempoh kurang tiga bulan sebelum “recession” yang akan menjejaskan kebanyakan negara bermula atau lebih teruk ia mungkin terjadi seawal Disember tahun ini.

“Semoga harapan rakyat supaya mandat dikembalikan kepada mereka untuk memulihkan negara jadi kenyataan dan kepada Allah S.WT kita berserah selepas segala daya upaya,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker