Parlimen masih belum bubar, Kabinet akan bermesyuarat esok

 

KUALA LUMPUR : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, mesyuarat Kabinet akan diadakan esok (Jumaat), sekali gus memberi petunjuk Parlimen tidak akan dibubarkan pada hari berkenaan.
Justeru, tegas beliau, isu Parlimen dibubarkan atau sebaliknya, tidak sepatutnya ditimbulkan.

“Saya tak boleh jawab sebab saya pun tidak tahu (bila Parlimen bubar). Saya anggota Jemaah Menteri, ada notis untuk esok… macam biasa, mesyuarat mingguan yang lazimnya hari Rabu, namun sebab Parlimen bersidang maka diadakan pada Jumaat.

“Maka kami dan menteri lain akan hadir mesyuarat macam biasa, kerja jalan terus. Ada mesyuarat (Kabinet) esok, Parlimen tak bubar lagi esok.

“Apa hasil keputusan hari ini akan dibawa ke esok perlu kerana perlu minta (persetujuan) Jemaah Menteri, jadi tidak timbul (Parlimen) bubar ke tidak, sebab Kabinet bersidang esok,” katanya dalam sidang media Pasukan Jihad Inflasi di Bangunan Parlimen, di sini, pada Khamis.

Annuar dalam masa sama menegaskan, beliau tidak tahu-menahu bila Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen.

“Dalam Kabinet, kita tidak mengundi pun soal bubar, tidak bubar ini. Namun di peringkat parti-parti ada membuat pandangan mereka masing-masing.

“Bagaimanapun, kena berbalik kepada peraturan, parti tidak membubarkan Parlimen,” ujarnya.

Berdasarkan peraturan, Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.

“Namun, kena baca dalam Perlembagaan, pembubaran Parlimen adalah kuasa mutlak Agong, baginda boleh terima atau menolak,” tegasnya.

Sementara itu, dalam catatan terbaharu di Facebook beliau sebentar tadi, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh menulis, setiap parti politik berhak membuat pendirian masing-masing mengenai pembubaran.

Demikian juga, kata beliau, dengan keputusan yang dibuat oleh UMNOI perlu dihormati semua pihak.

“Semua ahli parti wajib akur keputusan parti,” kata Annuar lagi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker