Pemenang Mrs Malaysia World 2022 diketahui esok

SHAH ALAM – Selepas dua tahun tidak dilangsungkan susulan Covid-19, pertandingan Mrs Malaysia World 2022 kembali pada tahun ini.

Berbeza dengan edisi terdahulu, pertandingan itu terbuka kepada wanita yang sudah berkahwin, berumur antara 20 hingga 50 tahun.

Seramai 11 finalis dipilih untuk melangkah ke pertandingan akhir pada Sabtu ini bagi merebut mahkota kejuaraan sekali gus mewakili Malaysia ke pertandingan peringkat antarabangsa.

Menurut Duta Amal Mrs Malaysia World 2022, Lila Ruzaini Mohd Hussain, edisi kali ini dijangka memberi impak berbeza berdasarkan kepelbagaian latar belakang pesertanya.

“Pertandingan ini tidak hanya fokus kepada paras rupa namun bonus jika seseorang itu memiliki wajah yang cantik.

“Yang lebih penting, aktiviti amal dan kemasyarakatan yang mereka lakukan.

“Pada tahun ini, pihak penganjur pertandingan telah menetapkan tiada partisipasi daripada individu yang beragama Islam namun terbuka kepada yang lain,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Kompleks Karangkraf pada Jumaat.

Dalam pada itu, Lila Ruzaini memaklumkan, finalis Mrs Malaysia World 2022 terdiri daripada pelbagai latar belakang antaranya doktor, peguam dan ahli perniagaan.

Pada edisi 2021, Priyadarshimi MM Pellay Rameash dinobatkan sebagai Mrs Malaysia World dan mewakili negara di pertandingan Mrs World yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker