Rundingan UMNO dan PAS masih berjalan

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata rundingan kerjasama antara PAS dan Umno dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 akan diteruskan.

Terdahulu, Ismail yang juga naib presiden Umno ditanya jika rundingan itu telah gagal.

“Perundingan akan diteruskan, Timbalan Presiden (Umno Mohamad Hasan) dah diminta untuk meneruskan perbincangan.

“Jadi, itu diteruskan, bukannya gagal sehingga lah diumumkan gagal itu gagal, sehingga itu tidak gagal,” katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Rundingan tersebut telah meletakkan PAS dalam kedudukan yang sukar, kerana Umno mahu parti Islam itu memutuskan hubungan dengan Bersatu dan Perikatan Nasional.

Bagaimanapun, PAS terus bertegas agar ketiga-tiga parti itu perlu bekerjasama.

PAS cuba menyasarkan Pakatan Harapan sebagai musuh utama ketiga-tiga parti berteraskan Melayu-Islam itu.

Bagaimanapun, Bersatu yang juga rakan kongsi PAS dalam gabungan PN, telah mengisytiharkan BN pimpinan Umno sebagai musuh utama mereka.

PAS dijangka membuat keputusan muktamad akan berpihak PN atau BN pada minggu ini.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker