Saya masih presiden, saya menandatangani watikah calon bukan Zuraida

 

Ahli Parlimen Julau Larry Sng menegaskan dia masih merupakan presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Ini susulan laporan media yang mendakwa presiden sementara PBM, Zuraida Kamaruddin dilantik secara rasmi sebagai presiden parti itu pada mesyuarat agung tahunan parti itu semalam.

Bagaimanapun, Sng berkata proses sewajarnya perlu dilakukan bagi penyerahan jawatan presiden kepada Zuraida.

“Proses sewajarnya perlu dilakukan untuk penyerahan jawatan ini dilakukan.



“Sekadar mahu menjelaskan, sekiranya pilihan raya diadakan sebelum penyerahan ini selesai, saya tetap akan menandatangani watikah calon pada PRU15,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik TheStar.

Semalam, Ketua Penerangan PBM Zakaria Abdul Hamid dipetik sebagai berkata bahawa PBM akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan kedudukan Sng dalam parti itu.

Dia berkata terdapat cadangan supaya PBM mewujudkan tiga jawatan timbalan presiden, dengan Sn’g selaku penyandang presiden mengisi salah satu jawatan itu.

“Semua usul yang dibawa oleh perwakilan dalam konvensyen ini diputuskan secara sebulat suara,” katanya, seperti dilaporkan Free Malaysia Today.



Pada 26 Mei, Zuraida mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan Bersatu dan menyertai PBM serta mengatakan akan membincangkan peletakan jawatannya sebagai menteri dengan perdana menteri.

Sng kemudian mengumumkan Zuraida sebagai presiden sementara PBM pada Jun, yang dipersetujui secara sebulat suara oleh anggota biro politik dan majlis tertinggi parti itu.

PBM kemudian memberi mandat kepada Zuraida untuk mengetuai delegasi bagi bertemu pemimpin parti lain berhubung isu penyertaan parti itu ke dalam mana-mana gabungan.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker