Penunggang motosikal maut terbabas

Keadaan dua kenderaan yang mengakibatkan penunggang motosikal maut Kilometer 54, Jalan Aring 15, Gua Musang pada Sabtu.

KOTA BHARU – Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 54, Jalan Aring 15, Gua Musang pada Sabtu.

Dalam kejadian pada jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 32 tahun dipercayai dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebaik tiba di lokasi, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

“Pada masa sama pemandu pacuan empat roda jenis Kia Sportage datang dari dari arah bertentangan dan tidak sempat mengelak lalu terlanggar motosikal mangsa,” katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, mangsa yang meninggal dunia di lokasi dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang, Kelantan untuk bedah siasat.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker