Tiga ADUN PKR Dakwa Aminuddin Buat Kenyataan ‘Flip-Flop’

Tiga ADUN PKR Dakwa Aminuddin Buat Kenyataan ‘Flip-Flop’

SEREMBAN: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Negeri Sembilan mendakwa Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Datuk Seri Aminuddin Harun membuat kenyataan ‘flip-flop‘ berkenaan soal pelantikan barisan kepimpinan parti berkenaan bagi sesi 2022-2025.

Ia dinyatakan menerusi kenyataan bersama oleh ADUN Ampangan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek; ADUN Sri Tanjung, Datuk M Ravi dan ADUN Chuah, Datuk Michael Yek Diew Ching pada Sabtu.



Mereka turut mendakwa Aminuddin cuba mengetepikan mereka selaku ADUN termasuk ADUN Pilah, Mohamad Nazaruddin Sabtu.
“Kenyataan media pertama yang memuktamadkan barisan kepimpinan MPN Negeri Sembilan dikeluarkan oleh Aminuddin pada 28 September lalu telah mengenepikan nama-nama ADUN berikut selaku ahli MPN Negeri Sembilan.

“Kenyataan ‘flip-flop‘ kedua beliau kemudian pada 29 September dengan menambah empat nama ADUN berkenaan sebagai ‘jemputan’ di dalam senarai ahli MPN Negeri Sembilan,” kata mereka.

Ini bermakna kata mereka, selaku ADUN, mereka tidak wajar diketepikan seperti mana dalam kenyataan media Aminuddin yang pertama mahupun dalam kenyataan media kedua yang hanya mengkategorikan ADUN sekadar ahli jemputan MPN Negeri Sembilan.

Sebelum ini menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Aminuddin di laman Facebook rasminya menunjukkan nama empat ADUN berkenaan tiada dalam senarai barisan kepimpinan MPN PKR Negeri Sembilan.

Bagaimanapun selepas itu, keluar kenyataan baharu yang meletakkan nama empat ADUN berkenaan sebagai ahli MPN jemputan.



Untuk rekod, Mohamad Rafie juga merupakan Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan manakala Mohamad Nazaruddin merupakan Exco Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu dan Ravi, Timbalan Speaker Negeri Sembilan. –Sinar Harian

Tiga ADUN PKR Dakwa Aminuddin Buat Kenyataan ‘Flip-Flop’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker