BN, PN atau PH, tiada parti mampu menang 100 kerusi

SHAH ALAM – Setiap gabungan parti politik yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka tidak mampu memenangi 100 kerusi secara bersendirian.

Saintis politik dari Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development (JSC), Sunway University, Profesor Dr Wong Chin Huat berkata, keputusan itu kemungkinan bakal dihadapi oleh kesemua gabungan utama termasuk BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Disebabkan itu, beliau berkata, cadangan agar pengundi Cina untuk mempelbagaikan corak sokongan mereka untuk memastikan kehadiran perwakilan kaum itu dalam parti yang membentuk kerajaan dilihat agak tidak munasabah.



“Cadangan sedemikian mengabaikan kemungkinan Parlimen tergantung yang akan membawa kepada kerajaan bersama. Kerajaan bersama itu akan mempunyai wakil dari Sabah dan Sarawak.

“Di Malaysia Barat, gabungan yang memenangi kerusi terbanyak akan memimpin. Ini bergantung kepada sama ada BN, PH atau PN menang dalam pilihan raya,’’ katanya dalam satu temubual eksklusif, baru-baru ini.

Menurut Chin Huat, jika BN mengetuai kerajaan yang bakal ditubuhkan selepas PRU15, PH berkemungkinan berada di barisan kedua yang mendapat sokongan terbesar pengundi.

Jelas beliau, walaupun semua calon MCA kalah dalam pilihan raya, kerajaan bersama itu tidak kekurangan calon menteri daripada kaum Cina.



“Jika PH adalah pemimpin dalam kerajaan bersama, maka seseorang tidak perlu risau tentang perwakilan Cina. Dari sudut pandangan masyarakat Cina, kepelbagaian tidak diperlukan di sini,’’ ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, berdasarkan pemerhatian, lebih separuh pengundi Cina masih berharap PH akan menjadi kerajaan selepas mereka melalui beberapa perkembangan politik antaranya Langkah Sheraton, pertukaran kerajaan, wabak Covid-19 dan pemenjaraan Najib.

“Namun, nisbah pengundi Cina yang berharap PH memerintah adalah lebih rendah berbanding dalam pilihan raya 2018,” katanya.

Pada masa sama, Chin Huat berkata, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor juga menunjukkan majoriti pengundi Cina menyokong PH dan hanya sebilangan kecil yang kembali kepada BN.



Bagaimanapun, beliau berkata, bilangan pengundi tidak mengundi menunjukkan peningkatan terutamanya disebabkan kehadiran hampir 30 peratus pengundi pasif yang layak mengundi melalui pendaftaran automatik.

“Dua faktor lain adalah pandemik Covid-19 dan sekatan lain telah menyejukkan semangat rakyat untuk mengundi dan akhirnya perubahan kerajaan yang disebabkan Langkah Sheraton menyebabkan pengundi berasa pesimis terhadap pilihan raya,” jelasnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker